Ahmad ibn Majid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 13 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1919866
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 1:
Ahmad ibn Majid ([[Bahasa arab}}:{{lang-ar|أحمد بن ماجد}}) (c.1432 - ?), adalah seorang jurumudi dan pelukis peta bangsa Arab. Beliau telah dilahirkan di Julfar dalam Ras al Khaimah utara kini di [[Oman]], dan mungkin meninggal pada 1500. Beliau terkenal di Barat sebagai jurumudi yang telah dikaitkan dengan membantu [[Vasco da Gama]] mencari jalannya dari [[Afrika]] ke [[India]]. Beliau merupakan pengarang hampir 40 kerja puisi dan prosa. Hasil kerjanya terpenting Kitab al Fawa'id fi Usul 'Ilm al-Bahr wa 'l-Qawa'id (Buku tentang Maklumat Yang Berguna di Lunas dan Peraturan Pelayaran), ditulis pada 1490.
 
Ia merupakan ensiklopedia ilmu pelayaran, menggambarkan sejarah dan prinsip-prinsip asas pelayaran, rumah agam lunar, baris rumb, perbezaan pelayaran antara pantai dan laut lepas, lokasi bandar-bandar di [[Afrika Timur]] sehingga ke [[Indonesia]], kedudukan [[bintang]], kisah mengenai monsun dan lain angin bermusim yang lain, [[taufan]] dan topik lain untuk pelayar profesional. Beliau mengambil dari pengalaman sendirinya dan pengalaman bapanya, yang juga merupakan seorang jurumudi yang terkenal, dan tradisi generasi-generasi kelasi-kelasi [[Lautan India]].