Farah Nabilah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Pengemasan.
Baris 18:
}}
 
'''Farah Nabilah binti Saipuddin''' (lahir 10 Mac 1992) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.<ref>{{cite news|author=Syafil Syazwan Jefri|date=10 Oktober 2018|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/10/385240/farah-tak-demand|title=Farah tak demand|work=[[Harian Metro]]|accessdate=15 Oktober 2018}}</ref> Memulakan kerjayanya dalam iklan komersial pada tahun 2011, kerjaya lakonan Farah bermula pada 2012.<ref>{{cite news|url=http://www.azhan.co/biodata-fawa-nabila-aktres-cantik-drama-papa-ricky/|title=Biodata Farah Nabilah|work=Azhan.co|date=22 Mei 2017|accessdate=4 Mei 2018|archiveurl=https://web.archive.org/web/20180621221234/http://www.azhan.co/biodata-fawa-nabila-aktres-cantik-drama-papa-ricky/|archivedate=15 Oktober 2018}}</ref> Beliau mencapai kejayaan komersial dan melonjak naik menerusi drama lakonannya termasuk ''[[Titian Cinta]]'' (2017), ''[[Papa Ricky]]'' (2017) dan ''[[Halalkan Hati Yang Ku Curi]]'' (2018).<ref name="Tergamam menang">{{cite news|author=Ifqdar Rahman|date=12 April 2018|url=http://www.utusan.com.my/hiburan/farah-nabilah-tergamam-menang-ame-2018-1.647587|title=Farah Nabilah tergamam menang AME 2018|publisher=''[[Utusan Malaysia]]''|accessdate=4 Mei 2018}}</ref>
 
==Kehidupan awal==
Farah Nabilah dilahirkan pada 10 Mac 1992 di [[Kuala Lumpur]]. Anak sulung daripada enam beradik kepada pasangan Datin Haslina binti Ismail dan Dato' Saipuddin bin Ahmad, ibu bapa beliau ialah penjawat awam yang berkhidmat dengan [[kerajaan Malaysia]].<ref>{{cite news|author=Aini Mawawi|date=12 November 2017|url=http://www.utusan.com.my/hiburan/tuah-jelita-seksi-farah-nabilah-1.550669|title=Tuah jelita, seksi Farah Nabilah|publisher=''[[Utusan Malaysia]]''|accessdate=15 Oktober 2018}}</ref> Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa dan [[Universiti SEGi]].<ref>{{cite news|author=Feride Hikmet Atak|date=13 November 2017|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/11/350310/farah-nabilah-tolak-taktik-kotor-raih-kontroversi|title=Farah Nabilah tolak taktik kotor raih kontroversi|publisher=''[[Berita Harian]]''|accessdate=4 Mei 2018}}</ref>
 
==Kerjaya==
Farah Nabilah, mesra dengan nama manja Fawa memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Upper Iowa: Program Kampus Malaysia, [[Universiti SEGi]]. Empat tahun kemudian, beliau memenangi Program Pencarian Wajah Aurawhite dan sejak itu, beliau menjadi jurucakap produk Aurawhite. Pada tahun terawal kerjayanya, beliau pernah menggunakan nama Fawa sebelum menggunapakai nama lahirnya sebagai nama pentas.<ref>{{cite news|author=Feride Hikmet Atak|date=28 Januari 2018|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/01/381661/farah-nabilah-tak-mahu-peminat-salah-tafsir|title=Farah Nabilah tak mahu peminat salah tafsir|publisher=''[[Berita Harian]]''|accessdate=6 Oktober 2018}}</ref>
 
Kerjaya filem Farah bermula dengan menjayakan watak sebagai penyambut tetamu dalam filem arahan [[A. Razak Mohaideen]] ''[[Mana Mau Lari]]'' sebagai penampilan khas.<ref>{{cite news |title=Mana Mau Lari Bakal Menggegar Pawagam|author=|work=[[Astro Shaw]]|date=2 Disember 2014|url=http://www.astroshaw.com.my/News/details/id/18/mana-mau-lari-bakal-menggegar-pawagam|accessdate= 27 Julai 2015}}</ref>
 
Namanya mula mendapat perhatian ramai menerusi watak utama sebagai Kathy dalam siri drama ''[[Papa Ricky]]'' yang dibintangi oleh [[Fadlan Hazim]] dan [[Siti Elizad]] yang disiarkan di [[Astro Ria]]. Farah kemudiannya digandingkan bersama [[Zul Ariffin]] menerusi drama waktu perdana ''[[Titian Cinta]]'' yang disiarkan di [[Slot Akasia]] [[TV3]].<ref>{{cite news|author=Feride Hikmet Atak|date=10 Mac 2018|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/03/397885/farah-nabilah-penat-jadi-baik|title=Farah Nabilah penat jadi baik|publisher=''[[Berita Harian]]''|accessdate=4 Mei 2018}}</ref> Gandingan beliau bersama Zul melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di [[Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018]] dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di [[Anugerah MeleTOP Era 2018]].<ref name="Tergamam menang"/>
 
Beliau berlakon bersama [[Aliff Aziz]] dalam drama adaptasi novel karya Mia Kiff, ''[[Halalkan Hati Yang Ku Curi]]'', memegang watak sebagai Delisha. Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Faiq (Aliff) dan Delisha (Farah), yang amat sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas.<ref>{{cite news|author=Michelle Gun|date=21 Mei 2018|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/05/341608/kisah-beri-keinsafan|title=Kisah beri keinsafan|publisher=''[[Harian Metro]]''|accessdate=28 Mei 2018}}</ref><ref>{{cite news|author=Zaidi Mohamad|date=19 Mei 2018|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/05/427573/tiada-masalah-berlakon-dengan-suami-orang|title=Tiada masalah berlakon dengan suami orang|publisher=''[[Berita Harian]]''|accessdate=28 Mei 2018}}</ref>
 
Beliau bersama-sama [[Fikry Ibrahim]] menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di [[Anugerah Planet Muzik 2018]] yang berlangsung pada 28 September 2018.<ref>{{cite web |url=http://www.citraselebriti.com/artikel/17893/APM-2018-memperkenalkan-nominasi-edisi-ke-17/|title=APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17 |author=Munady |date=31 Julai 2018 |accessdate=6 Ogos 2018 |website=Citra Selebriti}}</ref>