Mawar Murni: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
 
== Sinopsis ==
Mengisahkan Aziz, ([Ridhuan Hashim]]) seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona ([[Wan Nor Azlin]]) dan Mahani ([[Watie Sadali]]). Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif ([[Amar Asyraf]]) dan Keisya.
 
Murni ([[Fasha Sandha]]) merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia. Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga. Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirahatnya dan kematiannya misteri kerana hasil pemeriksaan dia dipercayai diracun oleh seseorang. Murni kemudian bertemu dengan Mawar ([[Mimi Lana]]) kerana satu insiden. Murni kemudian mengajak Mawar untuk tinggal bersamanya serta menjadi adik angkatnya. Namun Murni mula membenci Mawar setelah mengetahui rahsia kisah silam hidup Mawar. Apakah rahsia tersebut?
 
== Rujukan ==