Puteri Balqis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Pengemasan.
Baris 17:
}}
 
'''Puteri Balqis binti Azizi''' (lahir 12 April 2007) merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak [[Malaysia]]. Balqis membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi peranan pembantu dalam ''[[Gemilang (siri TV)|Gemilang]]'' (2011), sebelum meraih peranan utama dalam ''[[Bicara Hati (siri TV)|Bicara Hati]]'' (2012). Balqis telah membintangi beberapa drama TV terkenal termasuk ''Takdir Qismah'' (2012), ''[[Astana Cinta Aleesa (drama)|Astana Cinta Aleesa]]'' (2014) dan ''[[Akulah Balqis]]'' (2015) serta telah membintangi beberapa telefilem termasuk ''Aduh Sayang'' (2011) dan ''Pelarian'' (2012). Melalui drama ''Pelarian'', Balqis telah dicalonkan di [[Anugerah Skrin 2012]] menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan telah memenangi anugerah tersebut. Ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi dari kisah hidup beliau sendiri.<ref>{{cite web|url=http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Dunia pilihan Balqis|author=Haryati Karim|date=6 November 2014|work=|publisher=''[[Kosmo!]]''|accessdate=6 November 2014}}</ref>
 
Penampilan filem sulung Balqis ialah pada 2012 menerusi filem ''[[Strawberi Cinta]]'' (2012). Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa filem yang diiktiraf secara kritis termasuk ''[[1 Lawan Satu]]'' (2013), ''[[Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!]]'' (2016) dan ''[[KL Special Force]]'' (2018). Kejayaan beliau hadir pada 2014 apabila Balqis memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Drama di [[Anugerah Televisyen Asia|Anugerah Televisyen Asia 2014]] menerusi telefilem ''Balqis'' lakonannya. Pada Jun 2018, ''[[Harian Metro]]'' menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.<ref name="Harum di pentas">{{cite news|author=Amirul Haswendy Ashari|date=30 Jun 2018|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/06/353173/harum-di-pentas-dunia|title=Harum di pentas dunia|publisher=''[[Harian Metro]]''|accessdate=30 Jun 2018}}</ref>
 
==Kehidupan awal==
Baris 27:
 
===2009&ndash;2011: Permulaan kerjaya dan penglibatan awal===
Bakat Puteri Balqis dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun.<ref name="Puteri Balqis diintai">{{cite web|url=http://www.hmetro.com.my/node/16737|title=Puteri Balqis, diintai produksi luar|author=|date=17 Disember 2014|work=|publisher=''[[Harian Metro]]''|accessdate=2 April 2015}}</ref> Semuanya bermula ketika ibu bapanya dihampiri ejen pencari bakat di Uptown Shah Alam di mana ibu bapanya berniaga di situ.<ref name="Puteri Balqis diintai"/> Selepas berjaya dalam uji bakat, Balqis terus ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama. Bakat beliau diwarisi daripada arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin yang lebih dikenali sebagai Ken Arifin yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri [[P. Ramlee]] semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di [[Malay Film Productions|Studio Jalan Ampas]].<ref name="Puteri Balqis diintai"/>
 
Balqis juga memasang angan-angan untuk mencipta nama di [[Hollywood]] dan menjadikan bintang Hollywood terkenal iaitu [[Dakota Fanning]] dan [[Natalie Portman]] sebagai idolanya dalam bidang lakonan.<ref name="Puteri Balqis diintai"/> Tidak ketinggalan, Tan Sri P. Ramlee. Pada masa sama, Balqis banyak berguru ilmu lakonan dengan barisan pelakon senior di lokasi seperti [[Erma Fatima]] dan [[Ellie Suriati]].<ref name="Puteri Balqis diintai"/>