Maria Mariana The Series: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 21:
| status =
| first_aired = 2000
| last_aired = 20002001
| preceded_by =
| followed_by =
}}
 
'''''Maria Mariana The Series''''' merupakan siri drama televisyen Malaysia 2000 yang diadaptasi daripada filem arahan dan terbitan [[Yusof Haslam|Dato' Yusof Haslam]] pada tahun 1996. Drama ini ditayangkan di [[TV3]] sekitar tahun 2000, diterajui oleh [[Abby Abadi]] dan [[Azza Zawari|Azza]] ([[Kumpulan Elite|Elite]]) yang masih mengekalkan plot sama daripada filem asalnya.
 
==Sinopsis==
Drama ini mengisahkan Maria dan Mariana, dua beradik namun berbeza perwatakan. Mariana seorang gadis liar manakala Maria seorang gadis yang baik dan cemerlang dalam pelajaran. Apabila menginjak dewasa, Maria berjaya menjadi seorang anggota polis, manakala Mariana masih bersikap liar. Bagaimanapun, kehadiran Jeffry mengubah kehidupan Mariana menjadi lebih baik. Namun, Mariana kembali menjadi liar setelah mengetahui Jeffry sebenarnya menyukai Maria berbanding dirinya. Tatkala hubungan mereka dua beradik bergolak, ketua penjenayah iaitu Tony dan Robert yang berdendam dengan Maria selepas kegiatan haram mereka ditumpaskan, kemudian bertindak menculik Mariana sebagai tebusan.

Maria segera menyelamatkan adiknya namun dia terpaksa bertarung nyawa apabila dia ditembak ketika cuba menyelamatkan Mariana. Maria dikejarkan ke hospital dan diselamatkan oleh Dr. Farid yang berjaya mengeluarkan peluru dari tubuhnya. Kemudian dia ditugaskan ke Unit Khas PDRM. Cintanya dengan Dr. Farid mula berputik. Unitnya telah diarahkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di kotaraya. Mariana didatangi Remy, rakan sekerja yang menyukai Mariana. Ray, bekas teman lelakinya muncul semula dan menyebabkan jiwa Mariana memberontak dan kehidupannya liar kembali. Mariana bertekad untuk membalas dendam terhadap Ray, namun Ray yang menyedari rancangan Mariana itu bertindak memperdaya dan mencuba untuk menodai Mariana buat kali kedua namun berjaya diselamatkan oleh Sazali. Sejak itu Mariana mulai rapat dan jatuh cinta kepada Sazali.

Sazali kemudian menawarkan Mariana untuk menjadi penyanyi utama di kelab malam yang diusahakannya. Mariana menerima tawaran itu namun ditentang oleh ibunya, akan tetapi Maria berjaya memujuk ibu mereka agar membenarkan Mariana menyanyi di kelab malam itu. Maria kemudiannya dikejutkan bahawa kelab malam yang dimana tempat Mariana menyanyi itu merupakan sarang kegiatan pil Estasy dan dadah. Lebih memeranjatkan bahawa dalang disebalik kegiatan haram itu adalah Sazali. Maria segera memberitahu Mariana agar memutuskan hubungannya dengan Sazali. Mariana yang keliru dengan permintaan kakaknya itu bertindak melarikan diri dari rumah dan ingin menemui Sazali, namun segalanya terbongkar apabila Mariana mengetahui bahawa Sazali hanya memperalatkan dirinya untuk menutup segala kegiatan haramnya itu. Manakala Maria berjaya menumpaskan Sazali. Mariana akhirnya mengahwini Remy, lelaki yang sanggup menerima dirinya.
 
==Pelakon==