Tagahas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
DayakSibiriak (bincang | sumb.)
k Remove inaccessible file:// url
Baris 21:
Pada tahun 1889, perang saudara antara suku Tagahas melawan pakatan Tuhawon-Bundu-Liwan tercetus semula apabila Mat Salleh, seorang pahlawan keturunan kerabat diraja sultan Sulu masuk ke daerah Tambunan dengan hampir seribu pemberontak untuk cuba menguasai daerah Tambunan. Pengikut-pengikut Mat Salleh termasuk pemimpin-pemimpin berketurunan suku Tagahas dari Manggatal dan Inanam. Antara mereka yang menyertai Mat Salleh ke Tambunan adalah seorang yang bernama Tunggal. Ramai keturunannya kini tinggal di Kampung Keliangau, termasuk dilantik menjadi ketua kampung, dan pernah diserap masuk ke pasukan Polis semasa penjajahan British. Suku kaum Tagahas yang tinggal di Kampung Pulutan,Manggatal adalah keturunan dari rombongan suku Tagahas yang berhijrah menelusuri pesisir sungai Liwagu Kawanan, lebih kurang 4 hingga 5 generasi yang lampau.
 
Suku kaum Tagahas di Tambunan dengan mudah dipengaruhi untuk menyertai Mat Salleh kerana kehadiran saudara mereka suku Tagahas dari Manggatal dan Inanam. Ini terjadi selepas perjanjian damai antara pihak Mat Salleh dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara<ref>file:///C:/Users/windows8/Documents/Papers%20Past%20_%20SUBMISSION%20OF%20MAT%20SALLEH,%20THE%20BORNEO%20REBEL%20(Dunstan%20Times,%201898-10-14).html</ref>, yang disebut Perjanjian Damai Palatan. Tindakan Mat Salleh dan orang-orang Tagahas mungkin lebih kepada persaingan untuk mengutip cukai dan tidak dapat disamakan dengan pemberontakan terhadap penjajahan kerana pada ketika itu belum wujud sebuah negara baru atau koloni British. Apa yang ada ialah kegiatan perdagangan sebuah entiti yang disebut Syarikat Berpiagam Borneo Utara<ref>Tarling, N. (1985). Mat Salleh And Krani Usman.''Journal of Southeast Asian Studies, 16(1), 46-48. doi:10.1017/S0022463400012765''</ref>.
 
Mat Salleh menghasut suku kaum Tagahas menyerang suku kaum pakatan Tuhawon-Budu-Liwan dengan janji akan memberi kuasa dan pemungutan wang pengunaan jalan yang dibina oleh pakatan Tuhawon-Bundu-Liwan iaitu Salt Trail menghubungi Sunsuron-Darawid/Ulu Tuaran-Moyog. Walaubagaimanapun usaha Mat Salleh dan suku Tagahas untuk menguasai daerah Tambunan gagal apabila beberapa pemimpin dari suku Tuhawon, suku Bundu, suku Liwan membentuk suatu persepakatan baru yang disebut "Kososoluon" yang berteraskan prinsip berkecuali dan pencinta keamanan. Dalam pakatan Kososoluoan ini terdapat juga beberapa orang suku Tagahas dari kampung Pantai. Suatu rombongan Kososoluon yang dipimpin oleh Aki Sampuun telah pergi ke daerah Keningau dan menghubungi Aki Gunsanad bin Kina, seorang pemimpin suku Kaum Kwijau. Suku kaum Kwijau adalah suatu suku KadazanDusun yang tinggal di daerah Keningau. Aki Sampuun dan Aki Gunsanad kemudian menghubungi pihak syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pada ketika itu berada di Brunei. Pihak syarikat menghantar sepasukan polis, yang terdiri dari orang British dan orang Sikh<ref>Gill, Sarjit S. (2007). Sejarah Penglibatan Orang Sikh Dalam Pasukan Bersenjata Borneo Utara, 1882-1949 Dan Kesan Terhadap Identiti. ''Jebat 34'':m.s.49-70</ref>. Beberapa pahlawan kaum Dayak Iban, yang memang gemar untuk pemburuan kepala turut menyertai dalam tindakan kepolisian terhadap Mat Salleh dan pemberontak Tagahas. Bermula 27hb Januari 1900 kubu Mat Salleh diserang dan selepas tiga hari serangan, Mat Salleh dan hampir semua pengikutnya pun terbunuh.