Jata Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Jata yang melambangkan negeri Pulau Pinang, sebuah negeri di Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:47, 28 Februari 2020

Jata negeri Pulau Pinang di Malaysia mula diwujudkan ketika tempat tersebut merupakan suatu negeri Selat, di mana rekaan terawalnya dikurniakan Raja George VI senagai penguasa jajahan pada tahun 1949. Ia terdiri daripada suatu perisai berisi gambaran Jambatan Pulau Pinang di atas laut, sambil perisai tersebut dihiasi sebatang pokok pinang.

Rekaan jata negeri Pulau Pinang yang terkini.

Cogan kata Bersatu dan Setia tertera di bawah perisai jata Majlis Petempatan (Settlement Council) Pulau Pinang; cogan kata ini dipakai pada tahun 1950[1] sebagai tindak balas kepada pergerakan kemerdekaan yang muncul dalam kalangan warga Pulau Pinang sendiri - perungkapan sedemikian merujuk kepada ketaatan kepada Kerajaan British pada ketika itu sebelum Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu.[2]

Sejarah rekaan

Zaman British

 
Original coat of arms of Penang, with motto added in 1950

Dalam catatan diberikan oleh kerajaan British mengenai bentuk terawal jata ini, rekaan ini dijabarkan seperti berikut:[3]

Shield: Barry wavy of eight Azure and Argent upon a chief crenellée Or a plume of three ostrich feathers surmounted by a riband of the First on the riband the words Ich Dien in letters of the Third
Crest: On a wreath of the Colours upon a mount a Pinang or Areca-nut palm leaved and fructed Proper.

Jalur-lapan biru dan putih yang silih berganti (Barry wavy of eight Azure and Argent) melambangkan Selat Melaka yang memisahkan antara pulau besar "Penang" dengan wilayah jajahan Wellesley (Province Wellesley, kini Seberang Perai) di tanah besar tanah besar semenanjung. Terdapat tiga helai bulu pelepah putih dibalut suatu tatal bertulis ungkapan Ich Dien bererti "saya berkhidmat" dalam bahasa Jerman - ia merupakan simbol Putera Wales yakni gelaran diberikan kepada putera atau puteri pewaris takhta kerajaan United Kingdom datang daripada Putera Edward dari Woodstock. Pulau Pinang sendirinya dijajah di bawah nama Prince of Wales Island ("Pulau Putera Wales") pada tahun 1786

Batang pokok pinang ada di atas perisai jata melambangkan muasal nama jajahan ini.

Zaman pasca-kemerdekaan

Jambatan ini menggantikan simbol Putera Wales setelah ia siap dibina pada tahun 1985.[4]

Rujukan

  1. ^ Penang Information Guide. Penang: K.H. Khaw. 1951.
  2. ^ Menurut Christie (1996). A Modern History of Southeast Asia: Decolonization, Nationalism and Separatism. London: I.B. Tauris. ISBN 1-86064-354-X. - terdapat suatu usulan yang ditentukan dalam kerajaan Pulau Pinang pada bulan Februari 1949 sama ada ia dibenarkan diperintah berasingan sebagai suatu jajahan mahkota tersendiri seperti Singapura, usulan ini digagalkan dengan 15 undian membantah berbanding 10 undian menyokong.
  3. ^ Commonwealth Relations Office List. London: Her Majesty's Stationery Office. 1960.
  4. ^ Bendera dan Lambing Negara dan Negeri Malaysia. Kuala Lumpur: Ministry of Information. 1963.