Papar, Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
NikoUMS (bincang | sumb.)
Baris 51:
== Etimologi ==
=== Asal-usul Papar ===
Asal usul nama ''Papar'' adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. Seperti mana kebanyakan tempat seluruh jalur pantai barat Sabah, Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan [[Brunei]]. Ketua masyarakat tempatan pada ketika itu adalah Datu Amir Bahar yang berketurunan [[Bajau]]. Papar kemudiannya telah diserahkan kepada adik-beradik [[Overback]] dan [[Dent]] pada tahun 1877.<ref name="sejarah">http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/sejarah.htm</ref>
 
Pegawai British pertama yang mentadbir Papar pada ketika itu adalah H.L. Leicester. Pentadbirannya bermula pada februari 1878 yang memfokuskan untuk mengingkatkan hasil pulangan daerah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah kewangan yang dihadapi oleh [[Syarikat Borneo Utara British]] pada waktu itu telah membantutkan hasrat Leicester. Beliau kemudiannya digantikan oleh [[Alfred Hart Everett]].<ref>http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/ name="sejarah.htm<" /ref> Everett telah berusaha untuk mengadakan pentadbiran yang berkesan tetapi tidak berjaya sepenuhnya kerana kesulitan untuk menyelesaikan pertelingkahan diantara puak-puak di daerah ini.
 
Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk membantunya. Untuk memudahkan pentadbirannya, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pembesar-pembesar tempatan seperti Datuk Amir Bahar, Ketua orang-orang Bajau dan OKK Dugassa. Beliau seterusnya menyerahkan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran tempatan kepada mereka.