Mahsuri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Syahir20 (bincang | sumb.)
Baris 9:
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika [[Langkawi]] di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Mayah baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
 
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala, Phuket, Thailand ataupun dahulunya dikenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini bekerja sebagai petani dan pencari rotan. Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah daridaripada masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.
 
Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang [[Burung Layang-layang Padi]]. <ref>{{ms}}Kementerian Pelajaran Malaysia, ''"Sejarah Malaysia Darjah Lima"'' (1983), 65. </ref>