Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rencana baru.
 
Kemaskini.
Baris 30:
}}
 
'''''Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda''''' ialah filem seram thriler mitologi Malaysia 2020 arahan [[Bade Hj. Azmi]] dengan skrip oleh [[A. Aida]] yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Berdasarkan daripada kisah benar yang berlaku di [[Johor]], filem ini ditayangkan di pawagam pada 27 Februari 2020.
 
==Sinopsis==
Mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri. Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke gunung panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya.
 
Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti. Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya. Cik Siti bersetuju dan terus berubat. Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama.
 
==Pelakon==
Baris 40 ⟶ 45:
 
==Penerbitan==
''Ratu Kala Jengking'' diterbitkan berdasarkan kisah benar wanita bernama Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang juga dikenali dengan nama Puteri Keranda dan Puteri Jalang, mempunyai 99 suami. Menurut [[A. Aida]], tajuk asal filem ini ialah ''Scorpion Queen'' kerana beliau mahu memasarkannya ke pasaran antarabangsa, tetapi akhirnya ditukar kepada ''Ratu Kala Jengking''. Beliau juga mendapatkan nasihat daripada pengarah [[Syafiq Yusof]] untuk proses imej janaan komputer (CGI) untuk filem itu.<ref>{{cite web|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/03/324528/ratu-kala-jengking-adaptasi-kisah-benar|title='Ratu Kala Jengking adaptasi kisah benar'|author=Ridzuan Abd Rahman|work=[[Harian Metro]]|date=25 Mac 2018|accessdate=7 Mac 2020}}</ref>
 
[[Nadia Brian]] yang terkenal dengan peranan TV termasuk ''[[Sweetie Nanie]]'' dan ''[[Lelakimu Yang Dulu]]'', memegang watak Cik Siti Tanah Masyhur. Untuk menjayakan watak ini, Nadia terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang selama sebulan sebagai persiapan.<ref>{{cite web|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/03/324748/ratu-kala-jengking-belajar-silat|title=Ratu Kala Jengking belajar silat|author=Syafil Syazwan Jefri|work=[[Harian Metro]]|date=26 Mac 2018|accessdate=7 Mac 2020}}</ref>
 
==Rujukan==
Baris 48 ⟶ 55:
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2020]]
[[Kategori:Filem seram Malaysia]]
[[Kategori:Filem arahan Bade Hj. Azmi]]