IPTV: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Norerah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Norerah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''IPTV''' ('''Televisyen Protokol Internet''', [[bahasa Inggeris]]: '''''Internet Protocol Television''''') ialah sejenis sistem yang mana satu perkhidmatan [[televisyen digital]] disampaikan menggunakan [[Protokol Internet]] merentasi sebuah prasarana rangkaian yang boleh merangkumi penyampaian melalui sambungan [[jalur lebar]]. Definisi am bagi IPTV ialah kandungan televisyen yang bukan disalurkan melalui format penyiaran dan kabel biasa, sebaliknya diterima oleh penonton melalui teknologi yang digunakan untuk rangkaian komputer.
 
Untuk pengguna perumahan, IPTV sering disediakan bersempena [[video atas permintaan]] dan boleh diikat dengan perkhidmatan Internet yang lain seperti capaian Web dan [[VoIP]]. Pengikatan komersial IPTV, VoIP dan capaian Internet dalam satu pakej dipanggil perkhidmatan "[[Triple play (telekomunikasi)|Triple Play]]" (jika ditambah dengan kemudahan mudah alih menjadi "Quadruple Play"). IPTV biasanya dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan yang menggunakan prasarana rangkaian tertutup. Pendekatan rangkaian tertutup ini bersaing dengan penyampaian kandungan TV melalui Internet awam, iaitu Televisyen Internet. Dalam perniagaan pula, IPTV boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan televisyen melalui LAN korporat.
 
==Takrifan==