Miss Octopus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Pengemasan.
Baris 36:
}}
 
'''''Miss Octopus''''' ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Jamal Khan dibintangi oleh [[Rozita Che Wan]], [[Fahrin Ahmad]] dan [[Bella Dally]]. Ia menceritakan permusuhan di antara Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Siri ini memulakan tayangan perdana di [[TV3]] dari 24 Jun 2012 hingga 10 September 2012 menggantikan ''[[Mentor (musim 6)|Mentor 6]]''.<ref>{{cite web|url=https://www.budiey.com/drama-bersiri-miss-octopus/|title=Drama bersiri Miss Octopus lakonan Rozita Che Wan|author=Budiey|work=Sensasi Selebriti|date=12 Julai 2012|access-date=2 Mac 2013}}</ref><ref>{{cite web|url=http://dramakini.blogspot.com/2012/07/miss-octopus-tv3.html|title=Dramakini: Miss Octopus|author=|work=Dramakini|date=11 September 2012|access-date=2 Mac 2013}}</ref> Dua episod terakhir drama ini disiarkan pada Isnin, 10 September 2012.
 
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran [[YouTube]] rasmi TV3.<ref>{{cite AV media|url=https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIubrj9fp4WlNSLGwW-SX-5f3|title=Miss Octopus (2012): Episod Penuh|publisher=TV3|website=[[YouTube]]|accessdate=21 Jun 2018}}</ref>
 
==Sinopsis==
Mengisahkan Oktober ([[Rozita Che Wan]]) dan Asmira ([[Nabila Dally]]) yang sering bersaing antara satu sama lain sejak berlakunya satu insiden. Oktober yang mempunyai sifat panas baran, merupakan seorang pensyarah dan masih belum berkahwin. Dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana fobia selepas melihat sahabat baiknya bersalin. Sementara itu, Asmira yang merupakan salah seorang pelajar Oktober, telah pun bertunang dengan kekasihnya Senin (Talha Harith) semenjak sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun Asmira mempunyai kekasih yang amat menyayanginya namun segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Hakim iaitu pelajar senior di fakultinya.
 
Lain pula ceritanya dengan Oktober, sikap panas barannya mula berubah setelah dia menghadiri sesi kaunseling bersama doktor psychiatristpsikiatri iaitu Dr. Iman (Rizz[[Riz Amin]]). Oktober mula menganggap Dr. Iman sebagai sabahat karibnya kerana dia akan menceritakan segala-galanya tanpa rasa gusar. Oktober juga kini banyak tersenyum jika dibandingkan dengan dahulu yang susah untuk melemparkan senyuman. Bukan itu sahaja malah dari segi penampilannya juga dengan tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti.
 
Namun begitu, di fakulti Oktober sering mencari kesilapan Asmira dan ini menyebabkan dia digelar sebagai Miss Oktopus oleh Asmira. Persengketaan di antara Oktober dan Asmira bertambah menjadi rumit apabila seorang pensyarah baru mula mengajar di fakulti mereka. Kehadiran Dr. Shah Reza ([[Fahrin Ahmad]]) di fakulti itu umpama tsunami yang melanda Acheh, kerana ketampanannya membuatkan pelajar-pelajar perempuan dilanda dengan perasaan angau terhadap Dr. Shah Reza. Ini termasuklah dengan Oktober yang mula tertarik dengan Dr. Shah Reza semenjak pertemuan pertama mereka.
 
Dalam sekelip mata Oktober menjadi sangat obses terhadap Dr. Shah Reza. Kini barulah dia sedar erti sebenarnya cinta. Sikapnya mula berubah menjadi seperti perempuan miang. Siang dan malamnya dipenuhi dengan Dr. Shah Reza. Jika boleh Oktober mahu berkepit dengan Dr. Shah Reza 24 jam. Sehinggakan dia sanggup memasak hidangan semata-mata untuk diberikan kepada pujaan hatinya kerana susah untuk dapat keluar makan bersama-sama Dr. Shah Reza.