Miss Octopus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Pengemasan.
Baris 41:
 
==Sinopsis==
Mengisahkan Oktober ([[Rozita Che Wan]]) dan Asmira ([[Bella Dally|Nabila Dally]]) yang sering bersaing antara satu sama lain sejak berlakunya satu insiden. Oktober yang mempunyai sifat panas baran, merupakan seorang pensyarah dan masih belum berkahwin. Dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana fobia selepas melihat sahabat baiknya bersalin. Sementara itu, Asmira yang merupakan salah seorang pelajar Oktober, telah pun bertunang dengan kekasihnya Senin (Talha Harith) semenjak sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun Asmira mempunyai kekasih yang amat menyayanginya namun segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Hakim iaitu pelajar senior di fakultinya.
 
Lain pula ceritanya dengan Oktober, sikap panas barannya mula berubah setelah dia menghadiri sesi kaunseling bersama doktor psikiatri iaitu Dr. Iman ([[Riz Amin]]). Oktober mula menganggap Dr. Iman sebagai sabahat karibnya kerana dia akan menceritakan segala-galanya tanpa rasa gusar. Oktober juga kini banyak tersenyum jika dibandingkan dengan dahulu yang susah untuk melemparkan senyuman. Bukan itu sahaja malah dari segi penampilannya juga dengan tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti.