Perbezaan antara semakan "Hospital Tuaran"

Saiz tidak berubah ,  1 tahun lalu
 
Sehingga ke hari ini, Hospital Tuaran menjadi pusat kesihatan utama yang memberi khidmat kesihatan kepada penduduk [[Tuaran]], [[Kota Belud]], [[Ranau]] dan kawasan sekitarnya.
 
Sejak [[November]] [[2010]], pembangunan di Hospital Tuaran sedang giat dijalankan. Sebuah hospital baru dengan muatan 7076 katil sedang dibina di belakang hospital lama. Bagaimanapun, operasi Hospital Tuaran tetap diteruskan. Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing mengumumkan peruntukan sebanyak RM 120 juta diluluskan untuk pembinaan Hospital Tuaran yang baru. Sebelum ini, pada tahun [[2007]], Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan belanjawan beratus juta ringgit untuk membina Hospital Tuaran.
 
Sebelum ini, berjuta ringgit telah dibelanjakan untuk menaiktaraf beberapa unit di Hospital Tuaran seperti Unit Farmasi, Unit Rekod Perubatan, Unit Patologi dan Forensik, Unit Pengurusan dan Kewangan serta Unit Tibi dan Kusta.
Pengguna awanama