Pasangan Perdana Menteri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 49:
Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada dibawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja diskusi dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat dari rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
Ketika era pemerintahan [[Abdullah Ahmad Badawi]] sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, malahan era pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya, tidak terdapat sebarang bentuk entiti khusus yang dipersoalkan di [[Malaysia]] berkenaan kedudukan dan gelaran isteri Perdana Menteri sebagai wanita pertama. Lagipun isteri pertama mantan Perdana Menteri [[Abdullah Ahmad Badawi]] iaitu [[Endon Mahmood|Tun Endon Mahmood Ambak]] yang sarat menempuhi pembedahan akibat serangan [[kanserbarah payu dara]] di [[Amerika Syarikat]] juga tidak menggunakan gelaran "Wanita Pertama" secara khusus dan terbuka.
 
Isu kontroversi penggunaan gelaran "Wanita Pertama" sebenarnya hanya mula memuncak ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia terkinike-6, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak berikutan isterinya [[Rosmah Mansor]] yang dikatakan menggunakan gelaran wanita pertama secara besar-besaran di Malaysia. Ada pula yang menganggap gelaran "Wanita Pertama" hanya khusus buat Seri Paduka Baginda [[Raja Permaisuri Agong]], dan ada juga yang mengatakan gelaran ini tidak patut ditimbulkan dan digunapakai berikutan Malaysia bukan sebuah negara republik.
 
Isu tidak hanya berhenti disitu sahaja, terdapat sumber yang mengatakan Pejabat Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah jabatan misteri yang baru yang diletakkan atas nama akronim Jabatan F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dengan melantik Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Namun jabatan tersebut akhirnya dibubarkan. Berita penubuhan jabatan misteri tersebut telah menjadi buah mulut cerita dan analisis dari pelbagai blogger. Terdapat sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat perhubungan dalam jabatan FLOM tetapi telah dikeluarkan segera, namun terdapat sebilangan enjin pencari yang telah mengurus dan menyimpan data dalam <ref>http://archive.is/20121202133809/http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947 First Lady of Malaysia Department</ref>.<ref>[http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/2117-first-lady-of-malaysia-division-latest-addition-to-pms-dept.html First Lady Of Malaysia Division – latest addition to PM's Dept?].</ref> Ramai pihak yang telah mempersoalkan kerasionalan, kesahan dan fungsi jabatan tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Bajet Kebangsaan turut memperuntukan dana bagi urusan kerja jabatan.