Pengepungan Constantinople (717–718): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 20:
 
== Latar belakang ==
Berikutan kejayaan tentera [[Khulafa al-Rasyidin|Islam]] dalam [[Perang Yarmuk]] pada tahun 636, kerajaan [[Khulafa al-Rasyidin]] dengan pantasnya mengambil alih kawasan [[Syam|Syria]]. [[Baitulmaqdis]] telah [[Pengepungan Baitulmaqdis (637 M)|ditawan]] setahun kemudian. Pada tahun 642, [[Mesir]] telah berada di bawah kekuasaan Islam. Semasa kempen [[Penaklukan Maghreb oleh Muslim|penaklukan Afrika Utara]], tentera Islam yang lain terus menentang [[Empayar Sasan|Empayar Sasan Parsi]] dan kerajaan itu sepenuhnya ditundukkan pada tahun 650an650-an. Bahkan, kawasan [[Caucasus]] juga telah ditakluk oleh tentera Islam dalam tempoh ini. Perluasan kuasa tentera Islam telah mengubah sempadan ketenteraan antara kerajaan Islam dan [[Empayar Byzantine]] di kawasan timur [[Anatolia]].
 
Serangan ke atas kawasan Anatolia merupakan satu masalah kepada tentera Islam kerana memerlukan garis bekalan lebih panjang. Maka, Khalifah [[Uthman bin Affan]] telah menubuhkan angkatan laut yang pertama di Syria dan Mesir untuk menjaga keselamatan sepanjang perairan pantai selatan. Pada tahun 654, [[kepulauan Rhodes]] dan [[Cyprus]] jatuh ke tangan tentera laut Islam. Pada tahun yang sama, [[gabenor Syria]] iaitu [[Muawiyah bin Abu Sufyan]] telah melancarkan pencerobohan ke Anatolia. Maharaja Byzantine iaitu [[Constans II]] tahu bahawa beliau perlu mengalahkan angkatan tentera laut Islam. Perincian seterusnya tidak diketahui tetapi pada tahun 654, [[Tentera Laut Byzantine|tentera laut Byzantine]] tewas dalam [[pertempuran Masts]] di pantai Anatolia. Berita bahawa khalifah Uthman telah dibunuh sampai kepada Muawiyah pada tahun 656 dan beliau kembali ke Syria. Muawiyah adalah salah seorang yang terlibat dalam [[Perang Siffin|perang saudara]] dengan Khalifah [[Ali bin Abi Talib]]. Selepas Khalifah Ali dibunuh pada tahun 661, Muawiyah menjadi khalifah seterusnya dan menubuhkan [[Kerajaan Bani Umayyah|dinasti Umayyah]].
Baris 30:
 
Maharaja Constantine telah digantikan oleh [[Justinian II]] pada tahun 685. Beliau sangat bercita-cita untuk menaikkan namanya. Pada tahun 687, beliau telah mengetuai satu kempen yang berjaya menentang puak Bulgar dan [[Slav]]. Selain itu, beliau telah menandantangani perjanjian baru dengan khalifah. Menurutnya, [[Armenia]] dan [[Cyprus]] kini diletakkan di bawah pemerintahan bersama. Walau bagaimanapun pada tahun 692, beliau telah [[Pertempuran Sebastopolis|menyerang]] umat Islam sebelum dikalahkan di [[Elaiussa Sebaste|Sebastopolis]] di [[Cilicia]]. Pada tahun 692, Maharaja Justinian telah digulingkan sekali gus menandakan permulaan tempoh yang dikenali sebagai [[Anarki Dua Puluh Tahun]]. Seramai enam raja telah memerintah ketika tempoh ini. Kerajaan Umayyah telah menggunakan masa ini untuk menguasai Afrika Utara dan Sepanyol. Seterusnya, orang-orang Arab telah mara ke Anatolia dan ternyata sekali bahawa Constantinople menjadi sasaran mereka yang berikutnya.
 
== Persiapan ==
[[Fail:Leo III solidus 641320.jpg|thumb|250px|''Solidus'' emas Leo III]]