Harimau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
†''[[Harimau Kaspia|P. t. virgata]]''
}}
'''Harimau''' ([[Tulisan Jawi]]: هريماو; ''Panthera tigris'') (juga dipanggil '''harimau belang''' atau '''pak belang''') merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "[[kucing besar]]" dalam [[genus]] ''[[Panthera]]'', dan anggota famili [[Felidae]].<ref name="britannica">{{cite web|url=http://www.britannica.com/eb/article-9072439/tiger|title=Encyclopaedia Britannica Online - Tiger (''Panthera tigris'')|dateformat=dmy|accessdate=25 September 2007}}</ref> Harimau yang berasal dari [[Asia]] timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan [[pemangsa]] dan [[maging]]. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang {{convert|3.3|m|ft|abbr=off}} dan berat 300 kilogram (660&nbsp;paun).<ref name="Lynx">[http://lynx.uio.no/lynx/catsgportal/cat-website/20_cat-website/home/index_en.htm Cat Specialist Group].</ref><ref name="bbc">{{cite web|url=http://www.bbc.co.uk/nature/wildfacts/factfiles/19.shtml|title=BBC Wildfacts – Tiger|archiveurl=https://archive.is/gNfs|archivedate=2012-12-05}}</ref> Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna biruhitam yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.
 
Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan [[taiga]] Siberia, ke [[padang rumput]] terbuka, ke paya [[bakau]] tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan [[kepupusan|pupus]] dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai [[spesies terancam|terancam]]. Punca-punca utama harimau terancam ialah [[kemusnahan habitat|kemusnahan]] dan [[fragmentasi habitat]], dan juga [[pemburuan|kegiatan memburu]]. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas [[Mesopotamia]] dan [[Caucasus]] hingga [[Asia Selatan]] dan [[Asia Timur|Timur]], kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan [[kemurungan pembiakbakaan dalam]] tetap menjadi ancaman.