Rangkaian penyerahan kandungan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Norerah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Membalikkan suntingan oleh Norerah (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 118.101.229.217
Teg: Undur
Baris 1:
'''Rangkaian penyerahan kandungan''' atau '''rangkaian pengagihan kandungan''' (dalam [[bahasa Inggeris]] ''content delivery network'' atau ''content distribution network'', '''CDN''') ialah suatu sistem teragih besar yang terdiri daripada [[komputer pelayan|pelayan-pelayan]] yang terletak pada [[pusat data]] berlainan dalm [[Internet]]. Matlamat CDN ialah untuk menyediakan [[kandungan media]] kepada pengguna akhir dengan kebolehsediaan dan prestasi tinggi. CDN menyediakan sebahagian besar daripada kandungan Internet hari ini, termasuklah objek-objek web (teks, grafik, URL dan skrip), objek boleh muat turun (fail media, perisian, dokumen), aplikasi (e-dagang, portal), media [[penstriman langsung]], media penstriman ''on-demand'', dan rangkaian sosial.
 
==Operasi==
Kebanyakan CDN dikendalikan sebagai pembekal perkhidmatan aplikasi (ASP) di Internet (turut dikenali sebagai perisian ''on-demand'' atau perisian sebagai perkhidmatan). Semakin ramai pemilik rangkaian Internet yang membina CDNnya sendiri demi meningkatkan penyerahan kandungan pada rangkaian, mengurangkan tuntutan pada prasarana telekomunikasinya, dan bagi menjana keuntungan daripada pelanggan kandungan. Ini mungkin termasuklah capaian kepada penstriman media kepada pelanggan perkhidmatan Internet. Sesetengah syarikat perisian yang lebih besar seperti Microsoft, membina CDNnya sendiri seiring dengan produknya. Sebagi contoh, CDN untuk [[Windows Azure]]<ref>http://www.windowsazure.com/en-us/home/features/cdn/</ref> dan [[Amazon CloudFront]]<ref>http://aws.amazon.com/cloudfront/</ref>.
 
==Rujukan==