Budak Tebing: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:50, 13 Mac 2020

Budak Tebing
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga
Ditulis olehPGRs Team - Amka Ahmad
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Adam Lee
Aedy Ashraf
Bella Dowanna
Eyka Farhana
Firdaus Ghufran
Fariz Isqandar
Syazwan Zulkifly
Amyza Aznan
Sabrina Ali
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13 Episode
Penerbitan
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
(Country Universal Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal11 Mac 2020
StatusAktif
Kronologi
MengikutiBukan Kahwin Paksa

Sinopsis

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau.

Pelakon