Tōsen Kaname: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 21:
 
== Sejarah ==
[[Image:NewAizenGinTosenAnime.jpg|thumb|250px|Tōsen dilihat dengan pakaian baru selepas pembelotannya, bersama-sama Aizen dan Gin.]]
Tōsen telah mendedikasikan kehidupannya untuk meniti jalan yang tidak mengakibatkan pertumpahan darah apabila seorang wanita yang penting di dalam hidupnya meninggal dunia. Wanita itu sendiri telah meniti jalan tersebut dan Tōsen telah memandang tinggi terhadapnya. Impian wanita itu adalah untuk menjadi seorang ''shinigami'' dan menggunakan kuasanya untuk mengekalkan keamanan dunia. Tidak lama kemudian dia telah diterima masuk ke dalam Akademi namun, suaminya telah mengambil nyawanya apabila wanita tersebut memarahi suaminya di atas perselisihan faham yang kecil. Tōsen telah mengambil ''[[zanpakutō]]'' wanita tersebut dan bersumpah untuk berlawan demi keadilan tanpa pertumpahan darah sejak hari itu. Sejurus selepas kejadian ini, Tōsen telah menyertai para ''shinigami''.
Tōsen telah bertemu dengan rakan barunya yang rapat, iaitu [[Komamura Sajin]], apabila dia masih di dalam akademi ''shinigami''.<ref>Anime ''Bleach'', episod 62</ref> Mereka dengan mudahnya berkawan, kerana pada waktu itu Komamura berasa malu di atas kepala musangnya dan Tōsen tidak berupaya untuk melihat rupanya. Komamura telah menyertai para ''shinigami'' dan mereka telah menjadi rakan karib dan akhirnya sebagai kapten di dalam Gotei 13, meskipun butir-butir yang lebih terperinci tidak diketahui. Sebelum menjadi seorang kapten, Tōsen telah ditunjukkan berasal daripada Divisyen ke-5.<ref>Anime ''Bleach'', episod 62</ref> Apabila Aizen masih berpangkat leftenan di dalam Divisyen ke-5, Tōsen sudahpun mengenalinya dengan baik.
 
Selepas beberapa tahun, [[Zaraki Kenpachi]] telah muncul di Seireitei dan membunuh bekas kapten Divisyen ke-11. Semenjak hari itu, Tōsen telah melihat Kenpachi sebagai seekor raksasa yang tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan kecuali membunuh dan mewujudkan hura-hara, dan akhirnya akan memecahkan keamanan di Soul Society.
 
== Sinopsis ==