Tōsen Kaname: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 29:
 
== Sinopsis ==
Tōsen mula-mula sekali muncul dalam perjumpaan kapten ''shinigami''. Selepas pemalsuan kematian [[Aizen Sōsuke]], Tōsen mengesali bahawa terdapat pertumpahan darah yang harus berlaku dan terdapat lebih banyak keganasan yang diperlukan untuk menghentikan serangan penceroboh. Apabila [[Ishida Uryū]] sampai ke puncak tangga ke arah Makam Penyesalan, Tōsen telah menggunakan tahap [[Zanpakutō#Lepasan Tahap Pertama|''shikai'']] untuk menumbangkan Ishida. Tōsen, bersama-sama [[Komamura Sajin]], telah menentang [[Zaraki Kenpachi]] di atas keputusannya untuk membantu para penceroboh Soul Society. Tōsen menggunakan tahap [[Zanpakutō#Lepasan Tahap Akhir|''bankai'']] pedangnya terhadap Kenpachi, namun Kenpachi berjaya menahan serangannya dan mencederakannya. Tōsen telah menerima luka yang parah, namun sebelum Kenpachi berupaya untuk menamatkan nyawanya, Komamura telah mengganggu, lalu menyelamatkan Tōsen, dalam proses tersebut helmetnya telah hancur. Tōsen, selepas disembuhkan, telah membawa [[Abarai Renji]] dan [[Kuchiki Rukia]] ke Aizen apabila dia didedahkan sebagai seorang pembelot, dan telah menyaksikan beberapa percubaan untuk menghentikan perancangan Aizen. Tōsen kemudian telah meninggalkan Soul Society bersama-sama Aizen dan Gin, dan memberitahu Komamura bahawa dia masih sedang meniti jalan yang dipercayainya membawa keadilan, kerana menurutnya ini adalah kaedah terbaik untuk menghentikan pertumpahan darah di dunia. Tōsen juga telah menghukum [[Grimmjow Jeagerjaques]] apabila dia enggan mengikut perintah yang diberikan, kerana menurutnya, Grimmjow adalah serupa dengan Zaraki Kenpachi.
 
== Suzumushi ==