Perbezaan antara semakan "Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan"

k
→‎Keistimewaan: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
(Fail TunkuMuhriz.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Hedwig in Washington)
k (→‎Keistimewaan: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan)
 
==Keistimewaan==
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih dan dilantik daripada kebulatan muafakat di antara [[Undang Yang Empat]] dengan [[Tunku Besar Tampin]]. Yang di-Pertuan Besar berperanan sebagai ketua agama Islam dengan dinasihati oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam. Baginda juga bertanggungjawab dalam adat istiadat negeri dan dinasihati oleh [[Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan]]. Yang di-Pertuan Besar bersemayam di Seri Menanti yang terletak di dalam Luak Ulu Muar. Baginda tidak campur tangan dalam hal ehwal luak-luak yang lain<ref name=":0" />.
 
Berdasarkan sejarah, sebelum kemasukan British, Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Penghulu Luak Ulu Muar. Apabila British campur tangan di Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh [[Undang Yang Empat]] iaitu [[Undang Luak Sungai Ujong]], [[Undang Luak Jelebu]], [[Undang Luak Rembau]] dan [[Undang Luak Johol]]. Pemilihan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan kepada latar belakang keturunan, kebaikan tingkah laku dan calon mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Yang di-Pertuan Besar yang mangkat mengikut sebelah bapa, iaitu daripada kalangan putera raja berketurunan [[Raja Lenggang]] ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.
* [[Yang di-Pertuan Besar]]
*[[Yang di-Pertuan Agong]]
*[[Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan]]
*[[Kesultanan Johor]]
*[[Pagar Ruyung]]