Pertempuran Lipany: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict = Pertempuran Lipany |partof = Perang Hus | image = | image_size = |caption = |date =...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:51, 21 Mac 2020

Pertempuran Lipany (bahasa Czech: Bitva u Lipan) juga dikenali sebagai Pertempuran Český Brod tercetus di Lipany yang terletak 40 kilometer dari arah timur Prague pada 30 Mei 1434. Pertempuran ini hampir-hampir menamatkan siri Perang Hus. Tentera bangsawan Utraquist dan Katolik yang disebut sebagai Liga Bohemia telah menewaskan Taborite yang radikal di bawah pimpinan Prokop Agung dan komander kavalri mereka, Jan Čapek dari Sány.

Pertempuran Lipany
Sebahagian daripada Perang Hus
Tarikh30 Mei 1434
Lokasi
Lipany berhampiran Český Brod
Koordinat: 50°01′43″N 14°56′13″E / 50.02861°N 14.93694°E / 50.02861; 14.93694
Keputusan Kemenangan muktamad Utraquist dan Katolik
Pihak yang terlibat
Gerakan Hus radikal (Taborite)

Gerakan Hus bersederhana (Utraquists)

Bohemia Katolik
Komandan dan pemimpin
Prokop Agung  
Jan Čapek of Sány
Diviš Bořek dari Miletínek
Kekuatan
10,700 14,300
Kerugian dan korban
1,300 terkorban
700 dihukum mati
200 terkorban

Latar belakang

Pada lewat abad ke-14, kritikan ke atas gereja telah mencapai kemuncaknya terutamanya di sudut dunia Katolik. Di England, ahli falsafah John Wycliffe mengetuai penentangan terhadap paus. Beliau menyerang amalan gereja yang suka bermewah dan memperkenalkan penterjemahan kitab Bible ke dalam bahasa-bahasa tempatan. Gerakan beliau telah banyak mempengaruhi paderi Jan Hus dari Bohemia. Dunia Katolik telah berpecah dalam situasi yang dikenali sebagai Perpecahan Timur pada tahun 1378. Paus-paus yang bersaing telah diundi di Rom dan Avignon. Perkara ini hanya mengurangkan martabat gereja dan ia telah membantu Jan Hus memperoleh sokongannya dengan kelantangannya menentang gereja dan paus. Pada masa itu, Bohemia merupakan sebuah kerajaan yang berada di bawah pengaruh Empayar Suci Rom dan ia telah diperintah oleh Wenceslaus IV. Beliau cuba untuk mengekalkan status neutral kerajaannya di kala perpecahan agama bagi membolehkannya dilantik untuk menaiki takhta Rom Suci. Namun, ia hanyalah mengukuhkan kedudukan Jan Hus yang meraih sokongan deras. Abang tiri Wenceslaus iaitu Sigismund yang merupakan Raja Hungary juga bersaing untuk merebut takhta Rom Suci. Jadi pada tahun 1414, beliau telah mengadakan Majlis Constance untuk menamatkan perpecahan ini. Jan Hus juga dipelawa ke sana untuk membela dirinya dan dijamin perlindungan oleh Sigismund tetapi beliau telah dipenjara dan dihukum mati pada Julai 1415.

Pengikut Hus yang menggelarkan diri mereka sebagai Husite mula menyerang biara Katolik di Bohemia dan Moravia. Pada tahun 1419, kawasan tersebut dilanda pemberontakan terbuka dan pada bulan Julai, penduduk kota Prague menyerang wakil-wakil raja. Sesetengah sumber telah mendakwa Wenceslaus sangat terkejut ekoran ini sehingga menyebabkan kematiannya. Sigismund menggantikan Wenceslaus dan beliau dengan segeranya menghantar tentera. Pengikut Hus yang bersederhana iaitu Utraquist kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan penghuni kota-kota besar lebih cenderung kepada rundingan. Namun pengikut Hus yang lebih radikal yang dikenali sebagai Taborite terdiri daripada golongan bangsawan kecil dan petani dipimpin oleh veteran Pertempuran Grunwald, Jan Žižka meneruskan penentangan. Pada awal tahun 1420, tentera Taborite yang kecil ini telah berjaya menewaskan tentera Katolik di Sudoměř. Beberapa bulan kemudian, Husite telah mengambil alih banyak kota di Bohemia. Pada November 1420, mereka telah memenangi pertempuran penting di Vyšehrad. Pada Januari 1421, Taborit telah mara memasuki Moravia dan memaksa Sigismund untuk berundur ke Hungary apabila garis bekalannya berada dalam keadaan bahaya.

Pada tahun 1421, paus telah menyeru satu Perang Salib untuk mengambil kesempatan di kala perselisihan antara Taborite dan Utraquist. Perang ini diseru untuk menentang Husite yang dipimpin oleh Sigismund sendiri dan beliau telah berarak untuk mengepung Prague dari tiga arah. Jan Žižka pula mengetuai tentera Husite setelah pecahan Taborite dan Utraquist dipaksa untuk bersatu. Pertempuran Bukit Vitkov pada 14 Julai 1420 merupakan saksi pertempuran kedua-dua pihak ini dan ia telah dimenangi oleh Husite. Pada hujung bulan Julai, Sigismund berundur dari Prague. Selepas Pertempuran Kutná Hora, Žižka telah berundur tetapi beliau telah menyambar tentera Sigismund yang tidak dilengkapi pertahanan yang sempurna dalam Pertempuran Deutschbrod. Pasukan salib telah mengalami kerugian bekalan dan mereka terpaksa untuk berundur. Husite cuba untuk menawarkan takhta Bohemia kepada Raja Poland, Jogaila tetapi beliau menolak. Walau bagaimanapun, sepupunya yang merupakan Duke Agung Lithuania iaitu Vytautas menerima tawaran tersebut. Beliau tidak pernah memegang takhta tersebut sebaliknya menghantar anak saudaranya, Sigismund Korybut bersama dengan beribu-ribu pejuang.

Pada tahun 1424, Žižka telah meninggal dunia dan Taborit kini dipimpin oleh Prokop Agung. Tentera Katolik yang dihantar untuk menentang mereka tewas dengan mudah dalam Pertempuran Tachov. Tentera Husite sangat berkuasa pada masa itu dan mereka sering kali menyerbu Jerman dan Hungary. Bahkan, Husite membantu Poland dalam peperangan menentang Teuton dari tahun 1431 hingga 1435. Tentera Poland berjaya mara hingga menjangkau ke Laut Baltik semasa melancarkan serangan pada tahun 1433 dan memaksa Kesateria Teuton untuk berunding dengan Jogaila.

Mengalahkan Husite merupakan salah satu isu utama diketengahkan oleh pihak gereja dan Empayar Suci Rom pada awal abad ke-15. Husite telah dijemput untuk menghadiri Majlis Katolik di Basel pada tahun 1433. Pihak gereja bersama pemimpin Utraquist bersama memulihkan hubungan dan mereka dibenarkan meneruskan amalan mengikut ajaran masing-masing. Taborite membantah perdamaian ini dan peperangan antara dua bekas sekutu ini tidak dapat dielakkan.