Bierkeller-Putsch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 16:
Tindakannya itu ternyata merupakan satu kesilapan. Tanpa kehadirannya, pemberontak di dewan itu menjadi kucar-kacir. Ketiga-tiga pegawai tertinggi yang ditahan berjaya melepaskan diri setelah berjanji untuk setia kepada kerajaan Hitler. Hitler pula gagal menawan [[berek tentera]] Jerman dan pulang kembali kepada Beer Hall dan mendapati orang tebusannya telah berjaya melarikan diri. Beliau mula sedar rancangannya telah gagal tetapi [[Erich Ludendorff]] meyakinkan beliau bahawa jika mereka bersama-sama berarak ke Munich, mereka akan berjaya merampas kuasa kerajaan. Erich begitu yakin tiada siapa yang akan menembaknya, malah pihak polis atau tentera di sana mungkin juga turut serta dengan pihak Nazi.
 
Adolf Hitler yang hampir berputus asa itu terpaksa bersetuju dengan rancangan Erich. Lalu dengan pasukan separa tenteranya seramai 3,000 orang berarak menuju ke ibu negara Jerman iaitu [[Berlin]] untuk menumbangkan kerajaan kebangsaan. Walaupun begitu, Ketua Menteri Bavaria serta pegawai kerajaan yang lain telah berpaling tadah dan berusaha untuk menumpaskan [[rampasan kuasa]] tersebut. Hitler telah tersilap strategi kerana tidak mengarahkan pasukannya untuk menawan pusat komunikasi utama seperti [[stesen radio]] dan pejabat telegraf. Pada keesokan harinya, Ketua Menteri Bavaria telah membidas rampasan kuasa tersebut dan mengharamkan parti Nazi yang beribupejabat disanadi sana. Selain itu, kerajaan Bavaria dengan pantasnya telah memberi amaran kepada [[kerajaanpemerintahan pusat]] negeri tersebut mengenai rancangan Hitler. Oleh itu, pihak berkuasa Munich telah bersedia untuk menumpaskan [[rampasan kuasa]] itu.
 
Apabila penyokong Hitler tiba di [[Munich]] mereka telah bertembung dengan pasukan [[polis]] di sana. Pertempuran sengit kemudiannya berlaku antara pihak [[Nazi]] dengan pihak berkuasa Munich. Dalam beberapa minit sahaja, 21 orang (termasuk 16 ahli Nazi) terbunuh dan beberapa ratus orang tercedera. Hitler berjaya melepaskan diri tetapi akhirnya beliau bersama pegawai teringginya telah ditangkap.