Perbezaan antara semakan "Negara kesatuan"

37 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
{{Forms of government}}
 
'''Negara kesatuan''' ({{lang-en|Unitary state}}) merupakan bentuk [[negeri]] yang ditadbir sebagai kuasa tunggal di mana [[pemerintahan pusat|kerajaan atau pemerintah pusat]] adalah agung dan mutlak dan sebarang [[bahagian pentadbiran]] (pecahan negara) hanya melaksanakan kuasa-kuasa yang ditugaskan oleh kerajaan pusat. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem kerajaan kesatuan. 165 daripada 193 buah [[negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] ditadbir secara kesatuan.
 
Dalam negara kesatuan, kerajaan pusat menentukan sama ada bahagian negara dibentuk atau dimansuhkan (contohnya, 22 [[bahagian pentadbiran Perancis]] digabungkan menjadi 13), apalagi menambah atau mengurangkan bidang kuasa bahagian negara. Biarpun kuasa politik dapat ditugaskan melalui [[penurunan kuasa]] kepada [[kerajaanpemerintah tempatan]] secara [[statut]], namun kerajaan pusat tetap agung kerana ia berhak untuk memansuhkan tindakan atau mengurangkan kuasa kerajaan turunan.
 
[[United Kingdom|United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland]] merupakan satu contoh negara kesatuan. [[Scotland]], [[Wales]] dan [[Ireland Utara]] mempunyai secukup kuasa turunan berautonomi, tetapi kuasa itu ditugaskan oleh [[Parlimen United Kingdom]] yang boleh menggubal undang-undang yang meminda atau memansuhkan penugasan itu secara unilateral atau sendirian (England tidak menerima kuasa tugasan). Sama seperti negara persekutuan, penurunan kuasa dalam negara kesatuan boleh jadi simetri, di mana setiap satu bahagian negara mempunyai kuasa dan status yang sama banyak, ataupun tidak simetri, di mana bahagian negara berbagai-bagai bilangan kuasa dan status. Kebanyakan negara kesatuan tiada tempat-tempat yang mempunyai satu pun takat autonomi.<ref>{{Cite news|url=https://www.britannica.com/topic/unitary-system|title=unitary system {{!}} government|work=Encyclopedia Britannica|access-date=2017-08-11|language=en}}</ref> Di negara-negara sedemikian, bahagian negara tidak boleh memutuskan undang-undang sendiri. Contohnya, [[Republik Ireland]] dan [[Norway|Kerajaan Norway]].