Pertempuran Lipany: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict = Pertempuran Lipany |partof = Perang Hus | image = | image_size = |caption = |date =...'
 
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
|conflict = Pertempuran Lipany
|partof = [[Perang Hus]]
| image = [[Fail:Josef Mathauser - Bitva u Lipan roku 1434.jpg|290px]]
| image_size =
|caption = ''Pertempuran Lipany'' oleh [[Josef Mathauser]].
|date = 30 Mei 1434
|place =[[Lipany (Vitice)|Lipany]] berhampiran [[Český Brod]]
Baris 45:
 
Mengalahkan Husite merupakan salah satu isu utama diketengahkan oleh pihak gereja dan Empayar Suci Rom pada awal abad ke-15. Husite telah dijemput untuk menghadiri [[Majlis Florence|Majlis Katolik]] di [[Basel]] pada tahun 1433. Pihak gereja bersama pemimpin Utraquist bersama memulihkan hubungan dan mereka dibenarkan meneruskan amalan mengikut ajaran masing-masing. Taborite membantah perdamaian ini dan peperangan antara dua bekas sekutu ini tidak dapat dielakkan.
 
== Pertempuran ==
Pada Mei 1434, kedua-dua pihak ini telah bertembung berhampiran [[Český Brod]] di sebuah bukit yang dikenali sebagai [[Lipany (Vitice)|Lipany]]. Sebahagian tentera [[Utraquist]] yang terdiri daripada hampir semua bangsawan [[Czech]] telah dipimpin oleh [[Diviš Bořek dari Miletínek|Diviš Bořek]]. Beliau mempunyai 13,000 tentera pejalan kaki dan 2,000 kavalri di bawah kendaliannya serta mempunyai 700 buah [[wagon]]. [[Taborite]] pula yang diketuai oleh [[Prokop Agung]] mempunyai 10,000 infantri, 700 tentera berkuda dan 400 buah wagon.
 
Prokop menempatkan wagonnya di cenuram bukit. Terdapat parit yang digali di hadapan kedudukan tentera Taborite manakala pasukan sayap kiri mereka telah dilindungi oleh sebatang anak sungai. Artileri merekea diletakkan di barisan kedua manakala pasukan kavalrinya berada di belakang. Berada di kawasan cenuram bukit membolehkan artileri dapat melepaskan tembakan dengan tepat dan melemahkan keberkesanan tentera musuh yang jauh lebih ramai. Kedua-dua pihak cuba untuk berunding selama beberapa hari tetapi rundingan tersebut ternyata sia-sia lalu mencetuskan pertempuran pada 30 Mei.
 
Pada awalnya, Utraquist berada di luar jangkauan tembakan artileri Taborite sekali gus menyebabkan ledakan artileri mereka tidak begitu berkesan. Diviš Bořek mengarahkan pasukan infantrinya sambil dilindungi oleh wagon sebagai perisai setelah mereka diserang oleh artileri musuh kerana beliau tahu bahawa tentera musuh akan memakan sedikit masa untuk mengisi peluru artileri. Taborite masih melakukan serangan dan mengenakan kerugian terhadap penyerang musuh hasil serangan artileri tersebut. Artileri Utraquist kini berada di kedudukan yang sesuai tetapi tembakannya yang menjangkau jauh dan tersasar telah gagal seperti yang diharapkan. Diviš Bořek kemudian mengarahkan mereka untuk berundur.
 
Seperti kebiasaan, Taborite merangka satu serangan balas. Wagon-wagon mereka telah dibawa ke tepi dan tentera-tentera yang lain melancarkan serangan dari kawasan bukit. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja tentera Taborite berada dalam jarak lingkungan yang dekat dengan tentera musuh, wagon Utraquist segera berhenti daripada berundur dan melepaskan tembakan. Kavalri Taborite yang sepatutnya menjaga pasukan sayap dan menyertai serangan ini telah bertindak meninggalkan medan pertempuran. Kemudian, kavalri Diviš Bořek yang bersembunyi di dalam hutan berhampiran menyerang hendap mereka dari arah kanan. Taborite menghadapi kerugian nyawa yang besar dan berundur. Namun, percubaan mereka untuk membentuk [[wagenburg]] semula menemui kegagalan kerana kavalri Utraquist masih terus mengejar mereka. Prokop telah terkorban manakala tentera-tenteranya yang lain melarikan diri.
 
Taborite menghadapi kerugian nyawa seramai 3,000 orang. Namun, mereka masih meneruskan penentangan selama beberapa tahun berikutnya sebelum [[Perang Hus|perang]] akhirnya tamat. Berdasarkan [[Perjanjian Jihlava]] pada tahun 1436, kedudukan [[Sigismund, Maharaja Suci Rom|Sigismund]] telah dipulihkan untuk memegang takhta manakala Utraquist pula dibenarkan untuk meneruskan amalan mengikut ajaran mereka.
 
== Pautan luar ==
{{commons category|Battle of Lipany}}
*[http://myweb.tiscali.co.uk/matthaywood/main/Hussite_Battles_and_Significant_events.htm The Battles of the Hussite Wars]
* [http://bellum.cz/en/battle-of-lipany.html Bellum.cz – Battle of Lipany 30th May 1434]
{{Use dmy dates|date=March 2017}}
 
[[Category:1434]]
[[Category:Konflik pada|Lipany 1434]]
[[Category:Pertempuran melibatkan Empayar Suci Rom|Lipany]]