Pertempuran Bukit Vítkov: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict=Pertempuran Bukit Vítkov |partof=Perang Hus | image= Fail:Adolf Liebscher - Bitva na hoře Vítkově dne 14. č...'
 
(Tiada perbezaan)

Semakan semasa pada 15:19, 21 Mac 2020

Pertempuran Bukit Vítkov merupakan sebahagian daripada siri Perang Hus. Pertempuran ini menyaksikan tentera Sigismund menentang tentera Husit di bawah pimpinan Jan Žižka. Bukit Vítkov terletak di penjuru kota Prague dan pertempuran ini tercetus di kebun anggur yang dibangunkan oleh bapa Sigismund, Charles IV. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan muktamad diraih oleh Husit.

Pertempuran Bukit Vítkov
Sebahagian daripada Perang Hus

Pertempuran Bukit Vítkov oleh Adolf Liebscher
Tarikh12 Jun – 14 Julai 1420
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Husit
Pihak yang terlibat
Empayar Suci Rom Husit
Komandan dan pemimpin
Maharaja Sigismund
Heinrich dari Isenburg 
Pippo Spano
Oldřich dari Boskovice
Jan Žižka
Kekuatan
7,000-8,000 kesateria 80 tentera[1]

Bantuan ketenteraan:
50 penembak
Jumlah tentera yang tidak diketahui[2]
Kerugian dan korban
400-500 terkorban 2-3 terkorban

Latar belakang sunting

Pada lewat abad ke-14, kritikan ke atas gereja telah mencapai kemuncaknya terutamanya di sudut dunia Katolik. Di England, ahli falsafah John Wycliffe mengetuai penentangan terhadap paus. Beliau menyerang amalan gereja yang suka bermewah dan memperkenalkan penterjemahan kitab Bible ke dalam bahasa-bahasa tempatan. Gerakan beliau telah banyak mempengaruhi paderi Jan Hus dari Bohemia. Dunia Katolik telah berpecah dalam situasi yang dikenali sebagai Perpecahan Timur pada tahun 1378. Paus-paus yang bersaing telah diundi di Rom dan Avignon. Perkara ini hanya mengurangkan martabat gereja dan ia telah membantu Jan Hus memperoleh sokongannya dengan kelantangannya menentang gereja dan paus. Pada masa itu, Bohemia merupakan sebuah kerajaan yang berada di bawah pengaruh Empayar Suci Rom dan ia telah diperintah oleh Wenceslaus IV. Beliau cuba untuk mengekalkan status neutral kerajaannya di kala perpecahan agama bagi membolehkannya dilantik untuk menaiki takhta Rom Suci. Namun, ia hanyalah mengukuhkan kedudukan Jan Hus yang meraih sokongan deras. Abang tiri Wenceslaus iaitu Sigismund yang merupakan Raja Hungary juga bersaing untuk merebut takhta Rom Suci. Jadi pada tahun 1414, beliau telah mengadakan Majlis Constance untuk menamatkan perpecahan ini. Jan Hus juga dipelawa ke sana untuk membela dirinya dan dijamin perlindungan oleh Sigismund tetapi beliau telah dipenjara dan dihukum mati pada Julai 1415.

Pengikut Hus yang menggelarkan diri mereka sebagai Husite mula menyerang biara Katolik di Bohemia dan Moravia. Pada tahun 1419, kawasan tersebut dilanda pemberontakan terbuka dan pada bulan Julai, penduduk kota Prague menyerang wakil-wakil raja. Sesetengah sumber telah mendakwa Wenceslaus sangat terkejut ekoran ini sehingga menyebabkan kematiannya. Sigismund menggantikan Wenceslaus dan beliau dengan segeranya menghantar tentera. Pengikut Hus yang bersederhana iaitu Utraquis kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan penghuni kota-kota besar lebih cenderung kepada rundingan. Namun pengikut Hus yang lebih radikal yang dikenali sebagai Taborit terdiri daripada golongan bangsawan kecil dan petani dipimpin oleh veteran Pertempuran Grunwald, Jan Žižka meneruskan penentangan. Pada awal tahun 1420, tentera Taborit yang kecil ini telah berjaya menewaskan tentera Katolik di Sudoměř. Beberapa bulan kemudian, Husite telah mengambil alih banyak kota di Bohemia. Pada November 1420, mereka telah memenangi pertempuran penting di Vyšehrad. Pada Januari 1421, Taborit telah mara memasuki Moravia dan memaksa Sigismund untuk berundur ke Hungary apabila garis bekalannya berada dalam keadaan bahaya.

Pada tahun 1421, paus telah menyeru satu Perang Salib untuk mengambil kesempatan di kala perselisihan antara Taborit dan Utraquis. Perang ini diseru untuk menentang Husite yang dipimpin oleh Sigismund sendiri dan beliau telah berarak untuk mengepung Prague dari tiga arah. Jan Žižka pula mengetuai tentera Husite setelah pecahan Taborit dan Utraquis dipaksa untuk bersatu.

Pertempuran sunting

Kedua-dua pihak ini bertembung pada 14 Julai 1420 di timur kota Prague. Pada mulanya, Husit hanya memiliki beberapa ratus orang pejuang untuk menentang pasukan kesateria musuh yang mempunyai kekuatan antara 5,000 hingga 10,000 pahlawan. Namun, pemimpin musuh tahu bahawa Bukit Vítkov sangat penting dalam mempertahankan kota Prague kerana tanpa menguasainya, Sigismund tidak dapat mengepung Prague.

Jan Žižka telah membangunkan pertahanannya pada bahagian paling curam di kawasan bukit. Pasukan kesateria memulakan serangan dahulu. Husit telah menggunakan senapang ringan, busur silang dan artileri ringan secara meluas dan ledakan mereka telah menghasilkan kemusnahan yang dahsyat terhadap penyerang musuh. Walau bagaimanapun, tentera musuh hampir-hampir berjaya menguasai bukit ini tetapi Žižka segera menuju ke sana dan menghanyut musuh pergi dari sana. Pasukan kesateria cuba untuk berundur tetapi mereka mempunyai pasukan infantri dari pasukan sama secara langsung di belakang sekali gus ruang telah tertutup untuk mereka beralih lagi. Husit kemudian memperoleh bantuan ketentaraan daripada Prague. Pasukan kesateria ini diserang oleh unit baru ini manakala Žižka yang memimpin Taborit terus memberi asakan kepada musuh setelah pasukan beliau turun daripada bukit. Mereka mengalami kerugian nyawa yang besar sebelum dapat berundur dengan sepenuhnya.

Angka korban nyawa yang dihadapi oleh kesateria masih dibahas tetapi terdapat sumber yang mendakwa dalam anggaran dari ratusan hingga ke ribuan nyawa. Pada penghujung bulan Julai, Maharaja Sigismund telah berundur dari Prague.

Catatan sunting

  1. ^ Vavřinec z Březové (1979). Husitská kronika; Píseň o vítězství u Domažlic (dalam bahasa Czech). Praha: Svoboda. m/s. 89.
  2. ^ name="huskron"

Pautan luar sunting

Koordinat: 50°05′21″N 14°25′29″E / 50.08917°N 14.42472°E / 50.08917; 14.42472