Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 630:
::Saya faham contoh ini: Lapangan Terbang Senai terletak di Johor, Malaysia; maka kita perlu menggunakan kata nama "Lapangan terbang" yang lazim dalam bahasa Malaysia. Namun, saya kata, ia kata nama khas Nama-nama kementerian di Singapura pun dirasa "nampak pelik" namun ia sudah lumrah mengikut pengunaan bahasa Melayu Singapura oleh pemerintah ("kerajaan", ''government'') negara tersebut maka kita perlu menghormati pendekatan penamaan sebegitu. Penerjemah Indonesia lah yang lagi salah dan pelik kerana mengolahkan semula kata nama khas Malaysia seperti "Federasi Malaysia" (cubalah gelintar di enjin carian, memang ada laman Indo yang salah pakai nama begini bukan "Persekutuan Malaysia") sedangkan tidak perlu berbuat demikian - penggunaan "Bahasa Melayu" menang 4 (Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand) - kalahkan Indonesia yang 1 (dengan "bahasa Indonesia" - ia baku bahasa Melayu sepertimana "bahasa Malaysia" yang orang Malaysia ''interchangably'' pakai dengan "bahasa Melayu" sebenarnya).
 
::Saya harap saudara faham juga bahawa kita sedang mengusahakan agar Wiki ini dapat dimanfaatkan seluruh penutur Nusantara, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Brunei, Singapura dan Indonesia (termasuk di Riau dan Kalimantan). Peristilahan yang terlalu keMalaysiaan akan dilihat terlalu menyisihkan para pembaca di sana. (rujuk "[[Templat:MABBIM]]" sebagai antara contoh usaha ini.) Sifat bahasa Melayu yang bebas melangkaui sempadan negara ini bermakna kita perlu buang sentimen nasionalis (yang jujurnya memang sempit) dari segala pendekatan penerjemahan dan aturcara wiki ini...ini termasuk meraikan kata nama khas dipakai. (Tak caya, cuba tengok TV3 lapor pasal berita di Indonesia). -- [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]]
 
== Perihal: perbincangan lanjutan kata nama khas ==