Ku Klux Klan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tegel (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2600:1009:B012:177A:28F3:C88D:FD85:7F9C (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar
Teg: Undur
Baris 1:
{{redirect|KKK}}
[[File:Gina Valentina at the AVN Adult Entertainment Expo 2016 (25638373186).jpg|thumb|right]]
[[Fail:Klan-in-gainesville.jpg|thumb|300px|Ahli-ahli Ku Klux Klan yang kedua di perhimpunan pada tahun 1922.]]
 
'''Ku Klux Klan''' ialah nama untuk [[pertubuhan persaudaraan dan perkhidmatan|pertubuhan-pertubuhan persaudaraan]] [[Amerika Syarikat]], baik yang kini mahupun yang dahulu, yang menyokong [[kekuasaan orang putih]], [[faham anti-Yahudi]], [[rasisme]], [[anti-Katolikisme]], dan [[Keperibumian politik|keperibumian]]. Ku Klux Klan juga dikenali secara mudah dengan nama "Klan" atau dengan parapnya, "KKK". Pertubuhan-pertubuhan ini sering menggalakkan penggunaan terorisme, keganasan dan ugutan seperti [[pembakaran salib]] untuk menindas orang-orang [[Amerika Afrika]] dan orang-orang yang lain. Penjelmaan semula Klan buat pertama kali terjadi pada tahun [[1866]]. Diasaskan oleh bekas perajurit [[negeri-negeri Gabungan Amerika]], tujuan utamanya ialah untuk menentangi [[Pembinaan semula]] dan menumpukan usaha mereka untuk mengugut "petualang" ([[bahasa Inggeris]]: ''carpetbaggers'', iaitu orang Amerika Syarikat di utara yang berpindah ke Selatan semasa Pembinaan Semula) dan "[[skalawag]]" (iaitu orang putih Selatan yang menyertai parti Republikan di Selatan semasa Pembinaan Semula) serta untuk menghancurkan [[Sejarah pengabdian di Amerika Syarikat|abdi-abdi]] yang telah dibebaskan. Dengan pantasnya, pertubuhan-pertubuhan mempergunakan cara-cara yang ganas. Reaksi yang pantas datang daripada kerajaan pusat, dengan pucuk pimpinan Klan menafikan kejadian-kejadian tersebut. Golongan elit di Selatan memperlihatkan pertubuhan Klan hanya sebagai alat yang dipergunakan oleh askar-askar persekutan untuk meneruskan kegiatan-kegiatan mereka di Selatan. Pertubuhan itu merosot dari tahun 1868 hingga 1870 dan dimusnahkan pada awal 1870-an oleh tindakan-tindakan [[Presiden Amerika Syarikat|Presiden]] [[Ulysses S. Grant]] di bawah [[Akta Hak Awam 1871]] (juga dikenali sebagai Akta Ku Klux Klan).