Pertempuran Dara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict | conflict = Pertempuran Dara | partof = Perang Iberia | image = | image_size = | caption = | date...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:44, 23 Mac 2020

Pertempuran Dara tercetus antara Empayar Byzantine dan Empayar Sasan Parsi pada tahun 530 Masihi dan ia sebahagian daripada kancah Perang Iberia. Catatan Procopius mengenai pertempuran ini merupakan antara catatan yang paling terperinci pernah ditemukan pada zaman lewat Rom.[5]

Pertempuran Dara
Sebahagian daripada Perang Iberia
Tarikh530 Masihi
Lokasi
Dara (kini di Wilayah Mardin, selatan Turki)
Keputusan Kemenangan Byzantine
Pihak yang terlibat
Empayar Byzantine
Heruli
Hun
Empayar Sasan
Komandan dan pemimpin
Belisarius,
Hermogenes,
Pharas,
John dari Lydia
Sunicas
Perozes,
Pityaxes,
Baresmanas 
Kekuatan
25,000 tentera[1] 50,000 tentera[2]
(asalnya 40,000 tentera[3])
Kerugian dan korban
Tidak diketahui 8,000+ tentera[4]

Latar belakang

Sebaik sahaja sempadan antara Republik Rom dan Empayar Parthia telah bertindih, peperangan antara dua tamadun hebat ini bermula dan ia terus berlangsung sepanjang tujuh kurun berikutnya walaupun Empayar Rom Timur dan Empayar Sasan telah menggantikan kedua-dua entiti tersebut. Pada tahun 363 Masihi, Maharaja Rom iaitu Julian mengalami kekalahan teruk dan Rom terpaksa memeterai perjanjian keamanan yang menyaksikan Sasan Parsi memperoleh beberapa wilayah dan penempatan baru. Nisibis merupakan salah satu penempatan tersebut yang dilengkapi dengan kubu pertahanan dan ia mengawal pintu laluan masuk menuju ke Anatolia. Hubungan antara Rom dan Parsi memasuki tempoh yang aman pada abad ke-5. Hanya terdapat dua konflik kecil yang berlaku di kedua-dua empayar ini apabila mereka bertempur menentang pencerobohan orang gasar.

Walau bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun daripada perjanjian keamanan tersebut, satu perang baru telah meletus pada tahun 502 yang dikenali sebagai Perang Anastasia. Shah Kavadh I berjaya menawan kota Theodosiopolis yang tidak bersiap sedia sebelum beliau meneruskan kemaraan untuk merebut kota Amida. Tentera Parsi meneruskan kempen mereka pada tahun 503 dengan menyerang Edessa dan tentera Rom mengambil kesempatan ini untuk menguasai Amida semula. Percubaan ini gagal apabila Hun menceroboh Caucasus pada tahun 504 sekali gus menghasilkan ancaman baru terhadap kedua-dua kuasa besar ini. Secara tidak langsung, Rom dan Parsi bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata. Perjanjian gencatan senjata ini dimeterai pada tahun 506 sementara Rom berjaya mendapatkan Amida semula dan Theodosiopolis telah diserahkan kepada Parsi. Perang tersebut jelas membuatkan Rom memerlukan alternatif menuju ke Nisibis yang telah jatuh pada tahun 363 kerana ia berperanan sebagai pusat operasi untuk melakukan serangan dan bertahan di kawasan sempadan. Jadi, Maharaja Anastasius mengeluarkan arahan untuk menubuhkan satu penempatan baru yang dikenali sebagai Dara. Dara terletak satu dozen kilometer dari Nisibis dan sempadan Sasan. Sasan mendakwa pembangunan kubu ini telah mengingkari perjanjian mereka yang lalu.

Hubungan antara Rom dan Parsi terus tegang selama beberapa dekad seterusnya. Dalam satu peristiwa, Shah Sasan Parsi cuba untuk menukarkan agama penduduk Iberia Kristian yang berada di kawasan moden Georgia kepada Majusi. Raja Gourgen kemudian memohon bantuan daripada Byzantine. Bahkan, beliau telah mencari perlindungan ke Lazica yang berada di bawah kawalan Rom. Selain itu, pertikaian lain yang berlaku ialah disebabkan isu perwarisan Sasan. Kavadh ingin anak bongsunya, Khosrow sebagai pewaris takhtanya. Namun, untuk mencapai keinginan tersebut, beliau perlu memastikan Maharaja Justin I mengambil sikap berkecuali ataupun mengambil dasar menyokong Khosrow. Jadi, beliau meminta Maharaja Rom itu untuk membesarkan anaknya, Khosrow. Walaupun Justinian lebih terbuka kepada idea itu, tetapi penasihatnya menghasut beliau supaya berpaling daripada rancangan itu. Kavadh berasa sangat marah lalu menghantar tenteranya ke Iberia pada tahun 526 untuk menyingkirkan sekutu kepada Byzantine itu. Peristiwa ini merupakan permulaan kepada Perang Iberia. Tentera Rom memulakan kemaraan di bawah pimpinan Flavius Belisarius dan Sittas menuju ke Armenia. Walaupun mereka meraih kejayaan awal, tetapi kemaraan mereka telah dihalang dan dipaksa untuk berundur. Pemberontakan yang tercetus di Iberia telah dipatahkan oleh Sasan. Di medan selatan pula, Byzantine cuba untuk menawan Nisibis tetapi menemui kegagalan.

Sementara itu, Justin I meninggal dunia pada tahun 527 dan penggantinya iaitu Justinian I cuba untuk memulakan rundingan tetapi tidak mendapat tempat. Pasukan tentera Kavadh kini menyerang Lazica manakala Justinian telah membahagikan tenteranya kepada dua bahagian. Sittas mengetuai tentera Rom yang pertama di Armenia manakala saki baki tentera Rom dipimpin oleh Belisarius di Mesopotamia. Justinian mengarahkan sebuah kubu baru perlu dibina di sebuah tempat yang dikenali sebagai Thannuris yang terletak berhampiran dengan Nisibis. Belisarius pula ditugaskan untuk menjaga dan mempertahankan pembinaan itu. Pada tahun 528, Parsi menghantar satu ketumbukan tentera sejumlah 30,000 orang yang dipimpin oleh Xerxes untuk halang pembinaan kubu Byzantine di sana. Perincian mengenai pertempuran tersebut agak sedikit tetapi kelihatan kedua-dua pihak menghadapi kerugian nyawa yang tinggi. Sekutu Byzantine yang merupakan Raja Ghasan, Jabalah IV telah terkorban bersama dengan beratus-ratus tentera Sasan serta pasukan peribadi Shah. Walaupun Belisarius tewas dalam pertempuran tersebut, kematian pasukan peribadi Shah membuatkan Kavadh berasa berang lalu bertindak menggugurkan Xerxes. Kelihatan angka korban nyawa yang besar dihadapi oleh Sasan sudah cukup untuk menghalang mereka daripada menembus masuk ke dalam wilayah Byzantine.

Pertempuran

Pada Jun 530, sebuah tentera Parsi yang baru di bawah pimpinan jeneral Perozes telah menyeberangi sempadan dan berkhemah di sebuah tempat yang terletak 5 kilometer dari Dara. Tentera Parsi ini mempunyai 40,000 tentera manakala Belisarius yang berada di dalam kubu Dara hanya boleh menghimpunkan tentera seramai 25,000 orang.

  1. ^ J. Haldon, The Byzantine Wars, 29
  2. ^ J. Haldon, The Byzantine Wars, 31
  3. ^ name="Haldon29"
  4. ^ J. Haldon, The Byzantine Wars, 31–32
  5. ^ Charles, Michael (1 January 2011). "The Sassanian immortals". Iranica Antiqua: 289–313. doi:10.2143/IA.46.0.2084423.