Penjajap (perahu layar): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Verosaurus (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Verosaurus (bincang | sumb.)
Baris 29:
Penjajap berukuran sedang mempunyai 20-30 pendayung, dan dengan dayung pendek kapal penjajap dapat bergerak dengan cepat baik ke hadapan mahupun belakang. Semasa Tome Pires melawat Nusantara pada abad ke-16, penjajap/pangajava ialah jenis kapal kedua yang dihitungnya setiap sampai pada suatu pelabuhan selepas [[Jong|kapal jung]] dan [[Lancaran (kapal)|lancaran]].<ref name=":0">Pires, Tome. ''Suma Oriental''. London: The Hakluyt Society.</ref>
== Peran ==
Penjajap milik orang Lanun biasanya bersenjata ringan, jika berbanding dengan lanong. Mereka biasanya hanya mempunyai satu meriam besar ([[lela]]). Sementara ''[[lanong]]'' digunakan khusus dalam pertempuran kapal ke kapal, Penjajap lebih sesuai untuk menjarah desa-desa pesisir dan menyerang kapal-kapal dagang tidak bersenjata atau bersenjata ringan. Dalam pelayarannya penjajap biasanya didampingi oleh perahu yang lebih kecil yang bernama kakap. Kakap ini berfungsi sebagai peninjau (''scout'') bagi penjajap atau lanong.<ref>Mohamed Zen (2002). ''Orang Laut: Studi Etnopedagogi''. Bandung: Penerbit Bahari Nusantara.</ref>
 
Tome Pires pada kunjungannya ke kepulauan Nusantara biasa menyebut ''pangajava'' sebagai kapal kargo. Banyak ''pangajava'' kargo yang berjaya dikumpulkan [[Pati Unus]] dari pelbagai bandar pelabuhan di Jawa untuk menyerang Portugis di Melaka. ''Pangajava'' ini dialih fungsikan menjadi kapal pengangkut pasukan dan senjata untuk mendarat, kerana ukuran [[Jong Melayu|Jung Jawa]] terlalu besar untuk melakukannya. Namun, kata Tome Pires, selepas kapal mereka disumbangkan aktiviti dagangan di pelabuhan-pelabuhan tersebut menjadi lebih lesu.