Pertempuran Dara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict | conflict = Pertempuran Dara | partof = Perang Iberia | image = | image_size = | caption = | date...'
 
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 2:
| conflict = Pertempuran Dara
| partof = [[Perang Iberia]]
| image = [[Fail:DaraFortifications.JPG|250px]]
| image_size =
| caption = Runtuhan kubu Justinian di Dara.
| date = 530 Masihi
| place = [[Dara (Mesopotamia)|Dara]] (kini di [[Wilayah Mardin]], selatan [[Turki]])
Baris 29:
Hubungan antara Rom dan Parsi terus tegang selama beberapa dekad seterusnya. Dalam satu peristiwa, Shah Sasan Parsi cuba untuk menukarkan agama penduduk [[Kerajaan Iberia|Iberia]] [[Kristian]] yang berada di kawasan moden [[Georgia]] kepada [[Majusi]]. Raja [[Gourgen dari Iberia|Gourgen]] kemudian memohon bantuan daripada [[Empayar Byzantine|Byzantine]]. Bahkan, beliau telah mencari perlindungan ke [[Lazica]] yang berada di bawah kawalan Rom. Selain itu, pertikaian lain yang berlaku ialah disebabkan isu perwarisan Sasan. Kavadh ingin anak bongsunya, [[Khosrow I|Khosrow]] sebagai pewaris takhtanya. Namun, untuk mencapai keinginan tersebut, beliau perlu memastikan Maharaja [[Justin I]] mengambil sikap berkecuali ataupun mengambil dasar menyokong Khosrow. Jadi, beliau meminta Maharaja Rom itu untuk membesarkan anaknya, Khosrow. Walaupun Justinian lebih terbuka kepada idea itu, tetapi penasihatnya menghasut beliau supaya berpaling daripada rancangan itu. Kavadh berasa sangat marah lalu menghantar tenteranya ke Iberia pada tahun 526 untuk menyingkirkan sekutu kepada Byzantine itu. Peristiwa ini merupakan permulaan kepada [[Perang Iberia]]. Tentera Rom memulakan kemaraan di bawah pimpinan [[Flavius Belisarius]] dan [[Sittas]] menuju ke [[Armenia]]. Walaupun mereka meraih kejayaan awal, tetapi kemaraan mereka telah dihalang dan dipaksa untuk berundur. Pemberontakan yang tercetus di Iberia telah dipatahkan oleh Sasan. Di medan selatan pula, Byzantine cuba untuk menawan Nisibis tetapi menemui kegagalan.
 
Sementara itu, Justin I meninggal dunia pada tahun 527 dan penggantinya iaitu [[Justinian I]] cuba untuk memulakan rundingan tetapi tidak mendapat tempat. Pasukan tentera Kavadh kini menyerang Lazica manakala Justinian telah membahagikan tenteranya kepada dua bahagian. Sittas mengetuai tentera Rom yang pertama di Armenia manakala saki baki tentera Rom dipimpin oleh Belisarius di [[Mesopotamia]]. Justinian mengarahkan sebuah kubu baru perlu dibina di sebuah tempat yang dikenali sebagai [[Thannuris]] yang terletak berhampiran dengan Nisibis. Belisarius pula ditugaskan untuk menjaga dan mempertahankan pembinaan itu. Pada tahun 528, Parsi menghantar satu ketumbukan tentera sejumlah 30,000 orang yang dipimpin oleh [[Xerxes (putera Sasan)|Xerxes]] untuk halangmenghalang pembinaan kubu Byzantine di sana. Perincian mengenai [[Pertempuran Thannuris|pertempuran]] tersebut agak sedikit tetapi kelihatan kedua-dua pihak menghadapi kerugian nyawa yang tinggi. Sekutu Byzantine yang merupakan Raja [[Ghasan]], [[Jabalah IV ibn al-Harith|Jabalah IV]] telah terkorban bersama dengan beratus-ratus tentera Sasan serta [[Pasukan Abadi (Empayar Sasan)|pasukan peribadi]] Shah. Walaupun Belisarius tewas dalam pertempuran tersebut, kematian pasukan peribadi Shah membuatkan Kavadh berasa berang lalu bertindak menggugurkan Xerxes. Kelihatan angka korban nyawa yang besar dihadapi oleh Sasan sudah cukup untuk menghalang mereka daripada menembus masuk ke dalam wilayah Byzantine.
 
== Pertempuran ==
[[Fail:Battle_of_Dara-battleplan.png|thumb|250px|Peta pertempuran.]]
Pada Jun 530, sebuah tentera Parsi yang baru di bawah pimpinan jeneral [[Perozes]] telah menyeberangi sempadan dan berkhemah di sebuah tempat yang terletak 5 kilometer dari Dara. Tentera Parsi ini mempunyai 40,000 tentera manakala Belisarius yang berada di dalam kubu Dara hanya boleh menghimpunkan tentera seramai 25,000 orang.
Pada Jun 530, sebuah tentera Parsi yang baru di bawah pimpinan jeneral [[Perozes]] telah menyeberangi sempadan dan berkhemah di sebuah tempat yang terletak 5 kilometer dari Dara. Tentera Parsi ini mempunyai 40,000 tentera manakala Belisarius yang berada di dalam kubu Dara hanya boleh menghimpunkan tentera seramai 25,000 orang. Panglima tentera Rom tidak mahu dikepung oleh musuh. Jadi, beliau bergerak keluar dari kota dan mengarahkan tenteranya untuk menggali parit tidak jauh dari pintu gerbang kota. Parit-parit yang menempatkan pasukan sayap berada di hadapan parit yang menempatkan jantung pasukan Rom. [[Belisarius]] berharap rancangan beliau ini dapat memperlahankan kemaraan tentera Parsi yang ramai. Majoriti pasukan kavalri Rom berada di pasukan sayap manakala pasukan infantri dan pengawal peribadi yang dikenali sebagai [[bucellarii]] berkubu di jantung pasukan. Belisarius juga memiliki 300 tentera berkuda [[Heruli]] yang terletak jauh daripada pasukan sayap kiri Rom dan mereka ditugaskan untuk bersembunyi bagi melakukan serangan hendap. Di samping itu, beliau mempunyai sekurang-kurangnya 1,200 kavalri [[Hun]] di hadapan parit yang menempatkan jantung pasukannya.
 
Tentera Perozes semakin hampir untuk tiba di Dara. Beliau telah menyusun tenteranya melalui dua barisan. Barisan hadapan terdiri daripada pasukan kavalri manakala pasukan infantri pula mengisi barisan belakang. Sesetengah sumber mendakwa bahawa terdapat [[Pasukan Abadi (Empayar Sasan)|Pasukan Abadi]] yang berjumlah seramai 10,000 membarisi jantung pasukan Parsi.
 
Pertempuran tercetus apabila pasukan sayap kanan Sasan menyerang pasukan sayap kiri Rom. Walaupun tentera Rom dipaksa untuk berundur, komander Sasan teragak-agak untuk mengejar musuh apabila beliau ternampak sekumpulan kavalri Hun di jantung pasukan Rom mengancam untuk memintas dan menyerang tenteranya. Pasukan Rom memanfaatkan di sebalik keraguan yang melanda dalam pasukan Sasan itu dengan mengatur serangan balas sehingga membuatkan tentera Sasan terpaksa berundur. Pertempuran terus menghangat dan pertempuran pada hari itu berakhir apabila seorang tentera Rom yang bernama Andreas menewaskan dua tentera musuh.
 
Pada hari kedua pertempuran, bantuan ketenteraan Sasan seramai 10,000 tentera telah sampai sekali gus memberikan kelebihan kepada Sasan dari sudut jumlah tentera berbanding Rom secara nisbah dua kepada satu. Perozes menulis surat kepada Belisarius bahawa beliau menjangkakan Dara akan berada dalam genggamannya pada hari keesokannya. Jelaslah bahawa hari berikutnya merupakan hari penentuan penting bagi pertempuran ini.
 
Pertempuran pada hari ketiga bermula dengan serangan anak panah daripada kedua-dua pihak. Walaupun Parsi mempunyai ramai tentera pemanah, tiupan angin yang tidak mengizinkan menyebabkan serangan mereka tidak berkesan ke atas tentera Rom. Belisarius mengambil kesempatan pada saat ini dengan mengirimkan sekumpulan kavalri Hun pergi bergabung dengan pasukan yang ditugaskan untuk melancarkan serangan hendap di bahagian kiri. Hal ini demikian kerana beliau merasakan tentera Parsi akan mengulangi rancangan serangan mereka seperti yang berlaku pada hari pertama pertempuran. Namun, Perozes mengarahkan kesemua tenteranya melancarkan serangan penuh tetapi pasukan sayap kanannya mendahului serangan ini. Pasukan sayap kiri Rom sekali lagi berundur sama ada atas arahan Belisarius ataupun tindakan spontan mereka. Kavalri Parsi terus menyerang dan menembus masuk ke dalam pasukan Rom sekali gus ia sebenarnya telah mendedahkan mereka kepada serangan tentera musuh dari arah tepi dan belakang. Tentera Rom kemudian mengepung dan menyerbu sebahagian daripada kavalri Parsi yang telah terperangkap. Perozes mengarahkan saki baki tenteranya berundur untuk menyusun semula tentera-tenteranya.
 
Beliau masih mempunyai jumlah tentera yang ampuh sebelum beliau mengarahkan serangan penuh dilancarkan. Namun, beliau telah mengarahkan Pasukan Abadi yang terletak di jantung pasukan untuk menuju ke arah kiri pada penghujung serangan manakala pasukan infantrinya dari barisan kedua diarahkan untuk menahan infantri Rom. Walaupun serangan Parsi itu telah berjaya mengundurkan pasukan sayap kanan Rom, Belisarius yang membaca pergerakan itu mula menggerakkan pasukan kavalrinya. Jantung pasukan Belisarius berjaya mengasak infantri Parsi manakala Belisarius sendiri memimpin kavalri Hun dan Becellarii untuk melakukan serangan balas ke atas pasukan sayap kiri Parsi. Serangan balas ini menggunakan formasi [[baji]] dan mereka berjaya memintas sebahagian pasukan Perozes. Saki baki tentera sayap kiri Parsi yang terlepas terus mengejar pasukan sayap kanan Rom manakala sebahagian pasukan lagi telah dikepung dan ditewaskan. Tentera Parsi yang sedang mengejar tadi cuba untuk kembali dan menyerang Bucellarii tetapi Belisarius mengarahkan sebahagian pasukan sayap kiri kavalrinya untuk mara dan menghadang serangan musuh. Tidak lama kemudian, pasukan sayap kanan Rom yang dikejar mengatur semula serangan terhadap musuh dari arah belakang. Pemimpin tentera Parsi yang telah dikepung ini iaitu [[Baresmanas]] juga terkorban sekali gus mencetuskan keadaan panik sebelum semua tenteranya berundur.
 
Dikatakan bahawa ribuan tentera Parsi telah terbunuh semasa mereka sedang berundur tetapi Belisarius akhirnya menghentikan tentera-tenteranya kerana beliau risau akan terjadinya serangan hendap dari musuh.
 
== Kesan ==
Pertempuran ini mencatatkan kejayaan pertama [[Empayar Byzantine|Rom]] ke atas [[Empayar Sasan|Parsi]] dalam medan pertempuran berumput setelah lebih daripada satu abad. Peperangan ini terus berlangsung selama beberapa tahun berikutnya dan menyaksikan kedua-dua pihak meraih kejayaan dan menerima kekalahan yang tidak dinafikan sehinggalah [[Kavadh I|Kavadh]] mangkat dan [[Khosrow I|Khosrow]] menaiki takhta Parsi. [[Perdamaian Abadi (532)|Rundingan damai]] bermula pada tahun 532 dan Maharaja [[Justinian I|Justinian]] membayar 11,000 paun [[emas]] untuk menjamin perjanjian ini yang dikenali sebagai "perdamaian abadi". Parsi menduduki zon selesa apabila mereka memperoleh kelebihan hasil rundingan ini. Maharaja Justinian pula berniat untuk menamatkan permusuhan dengan Parsi di timur bagi membolehkannya menumpukan penaklukan semula ke atas wilayah-wilayah yang hilang di barat. Selepas keputusan di [[Dara (Mesopotamia)|Dara]], Justinian menjumpai orang yang layak untuk menggalas tugas bagi menjayakan kempen ini iaitu [[Belisarius]].
 
== Catatan ==
{{reflist}}
 
== Sumber ==
*[[Procopius]], ''History of the Wars'', book I, chapter xiii.
*Warren Treadgold, ''History of the Byzantine State and Society''. Stanford (California): Stanford University Press, 1997.
*John Haldon, ''The Byzantine Wars''. Stroud: The History Press, 2008.
*Christopher Lillington-Martin, "Archaeological and Ancient Literary Evidence for a Battle near Dara Gap, Turkey, AD 530: Topography, Texts & Trenches", British Archaeological Reports (BAR) –S1717, 2007 The Late Roman Army in the Near East from Diocletian to the Arab Conquest Proceedings of a colloquium held at Potenza, Acerenza and Matera, Italy (May 2005) edited by Ariel S. Lewin and Pietrina Pellegrini with the aid of Zbigniew T. Fiema and Sylvain Janniard. {{ISBN|978-1-4073-0161-7}}. (pages 299–311).
* B.H. Liddell Hart, ''Strategy''. London: G. Bell & Sons, 1929.
 
{{coord|37.1800|N|40.9550|E|source:wikidata|display=title}}
 
{{DEFAULTSORT:Daraa}}
[[Category:530]]
[[Category:Konflik pada 530|Dara]]
[[Category:Pertempuran melibatkan Empayar Byzantine|Dara]]
[[Category:Pertempuran melibatkan Empayar Sasan|Dara]]