Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ahmad.baddawi (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 129:
 
[[Fail:Japanese troops mopping up in Kuala Lumpur.jpg|thumb|right|Askar Jepun di Kuala Lumpur pada Perang Dunia Kedua.]]
Pada [[Perang Dunia Kedua]], tentera [[Empayar Jepun|Jepun]] [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu|menyerang]] lalu menduduki Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura selama tiga tahun lebih. Sewaktu ini, hubungan antara etnik makin tegang dan semangat nasionalisme makin mekar.<ref>[http://www.google.com/books?hl=en&lr=&id=awLp4TeUkzoC&oi=fnd&pg=PA47&dq=malaysia+WWII&ots=CQC_qzaZVs&sig=RCCqHJ7ojqq2j7a3jJZLS5r2mH8#v=onepage&q=malaysia%20WWII&f=false Legacies of World War II in South and East Asia] by David Koh Wee Hock, David Wee Hock Koh</ref> Setelah wilayah Malaysia ditakluki semula oleh Pihak Berikat, masyarakat tempatan semakin menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan.<ref>[[Mahathir bin Mohamad]]. [http://www.time.com/time/asia/asia/magazine/1999/990531/mahathir1.html "Our Region, Ourselves"], [[Time Asia]], Hong Kong, 31 Mei 1999.</ref> Rancangan pascaperang British untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu menjadi jajahan tunggal iaitu [[Malayan Union]] ditentang hebat oleh [[orang Melayu]] yang membantah perbuatan melemahkan kuasa raja-raja Melayu serta pemberian kewarganegaraan kepada [[Orang Cina di Malaysia|kaum CinaChina]].<ref>[http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,816440,00.html "Malaya: Token Citizenship"], ''Time'', New York, 19 Mei 1952.</ref> Pada tahun 1946, Malayan Union terbentuk daripada semua taklukan British di Tanah Melayu kecuali Singapura, kemudian dibubarkan pada tahun 1948 untuk memberi laluan kepada [[Persekutuan Tanah Melayu]] yang memulihkan autonomi raja-raja Melayu di bawah naungan British. Pada masa yang sama, pejuang pemberontak pimpinan [[Parti Komunis Malaya]] melancarkan kegiatan gerila untuk mengusir British dari Tanah Melayu, sehingga mencetuskan [[Darurat Tanah Melayu|darurat]] dari tahun 1948 hingga 1960, yang melibatkan kempen anti-pemberontak berpanjangan oleh tentera [[Negara-Negara Komanwel|Komanwel]] di Tanah Melayu.
 
Walaupun masih di tengah zaman Darurat, Tanah Melayu tetap diisytiharkan sebagai negara merdeka pada 31 Ogos 1957, diikuti penyerahan kalah oleh gerila Komunis tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersama negara Sabah, Sarawak dan Singapura, bergabung untuk membentuk Malaysia. Tarikh yang dicadangkan untuk pembentukan Malaysia adalah 31 Ogos 1963, sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemerdekaan Sarawak dan Sabah oleh British. Akan tetapi, upacara pengisytiharan persekutuan Malaysia ditunda hingga 16 September 1963 kesan tentangan kerajaan [[Indonesia]] pimpinan [[SukarnoSoekarno]] serta cubaan [[Parti Rakyat Bersatu Sarawak]] untuk menangguhkan pembentukan Malaysia.<ref>{{cite news|author=Friday, Sep. 06, 1963 |url=http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,870460,00.html |title=Malaysia: Tunku Yes, Sukarno No |publisher=TIME |date=1963-09-06 |accessdate=2010-10-17}}</ref>
 
{{wide image|Independence Square, Kuala Lumpur (6758524547).jpg|750px|<center>[[Dataran Merdeka]] di hadapan [[Bangunan Sultan Abdul Samad]] menjadi tapak sambutan [[Hari Malaysia]] pada tanggal 16 September setiap tahun.}}