Macbeth (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Macbeth"
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 44:
[[Fail:MacbethAndBanquo-Witches.jpg|thumb|Macbeth dan Banquo bertemu nenek kebayan buat kali pertama]]
 
=== AdeganBabak I ===
Guruh dan halilintar sabung-menyabung, dan Tiga Nenek Kebayan menentukan pertemuan mereka seterusnya bersama Macbeth. Dalam latar lakon seterusnya, seorang pendekar melaporkan kepada Duncan, Raja Negeri Scotland bahawa panglima-panglimanya Macbeth, si Orang Kaya Datuk Glamis, dan Banquo baru sahaja tewaskan angkata tentera bersekutu Norway dan Ireland, yang dikepalai Macdonwald si pembelot dan adalah Orang Kaya Datuk Cawdor. Macbeth, kerabat kepada Raja Duncan, dipuji atas keberanian dan keperkasaan beliau.
 
Baris 51:
Raja Duncan alu-alukan dan mengucap sejahtera ke atas Macbeth dan Banquo, dan menitahkan bahawa baginda akan bermalaman di mahligai Macbeth di Inverness; baginda juga menamakan puteranya Malcolm sebagai pewaris takhta. Macbeth menyampaikan utusan kepada isterinya, Lady Macbeth, tentang ramalan orang-orang tua tadi. Lady Macbeth sudah penat dengan perangai lemah suaminya dan menyuruh Macbeth untuk pergi cepat membunuh Raja Duncan supaya mendapat takhta. Apabila Macbeth tiba di Inverness, isterinya mencerca suaminya yang lembik dengan memanggilnya pengecut dan tidak membawa semangat lelaki, yang akhirnya berjaya buat beliau bunuh Raja pada malam tersebut. Beliau dan Lady Macbeth merancang akan memabukkan dua hulubalang penjaga di bilik peraduan baginda sehingga pengsan; keesokan paginya mereka akan tuduh mereka atas pembunuhan baginda. Mereka tidak akan dapat pertahankan diri mereka kerana mereka langsung tiada ingatan tentang malam itu.
 
=== AdeganBabak II ===
Sementara Raja Duncan sedang tidur, Macbeth menikamnya, walaupun hatinya runsing dan matanya [[Halusinasi|merayan]] nampak sebilah [[jambia]] yang berlumuran darah. Hatinya tergoncang dengan amat sehingga Lady Macbeth terpaksa uruskan hal ehwal lain. Mengikut rancangannya, Lady Macbeth lalu menuduh dua hulubalang Duncan atas pembunuhan baginda dengan meletakkan jambia berdarah itu pada mereka. Menjelang pagi, Lennox, seorang bangsawan Scottish, dan Macduff, Orang Kaya Datuk Fife, pun sampai. Penjaga pintu pun membuka pintu pagar dan Macbeth iringi mereka ke bilik peraduan raja, di mana Macduff menemui mayat paduka baginda Duncan. Macbeth membunuh kedua-dua hulubalang baginda untuk mengelak mereka daripada mengaku tidak bersalah, namun beliau mendakwa melakukannya kerana marah atas apa yang mereka telah lakukan. Kedua-dua putera Duncan, Malcolm dan Donalbain, masing-masing larikan diri ke England dan Ireland kerana takut pembunuh ayahanda mereka akan bunuh mereka juga. Pelarian putera-putera mahkota ini menjadikan mereka disyaki pembunuh dan Macbeth naik takhta sebagai Raja Scotland baharu dengan pertalian darah kepada mendiang raja. Banquo mendedahkan perkara ini kepada penonton, dan sementara beliau sangsi dengan Raja Macbeth, beliau mengingat akan ramalan orang-orang tua tempoh hari bahawa anak-anaknya sendiri akan naik kerajaan tersebut; dan membuatnya mengesyaki Macbeth atas pembunuhan.
 
=== AdeganBabak III ===
Walaupun berjaya, Macbeth, juga sedar tentang ramalan Banquo, menjadi gelisah. Macbeth menjemput Banquo ke sebuah majlis jamuan, di mana beliau dapati Banquo dan anaknya Fleance keluar pada malam tersebut. Oleh sebab khuatir dengan kesangsian Banquo, Macbeth mengupah dua orang pembunuh untuk membunuhnya, kemudian seorang lagi. Pembunuh-pembunuh itu berjaya menyerang Banquo, tetapi Fleance dapat larikan diri. Macbeth mula menjadi marah kerana takut kuasanya tidak akan terjamin selagi pewaris Banquo masih hidup.
 
Baris 60:
[[Fail:Macbeth_consulting_the_Vision_of_the_Armed_Head.jpg|thumb|''Macbeth menanya Hantu Berketopang'' oleh Johann Heinrich Füssli]]
 
=== AdeganBabak IV ===
Macbeth pergi melawat semula Tiga Nenek Kebayan dan meminta mereka beritahu kebenaran dalam ramalan mereka tempoh hari. Untuk menjawab persoalannya, mereka bertiga menyeru hantu-hantu dahsyat, masing-masing memberi ramalan dan menenangkan hati Macbeth. Pertama, mereka menyeru sebuah kepala berketopang, yang memberitahunya untuk berhati-hati dengan Macduff (IV.i.72). Kedua, seorang kanak-kanak berlumuran darah beritahuya bahawa tiada seorang manusia yang lahir daripada peranakan wanita dapa mendatangkan mudarat ke atasnya. Ketiga, seorang kanak-kanak memakai mahkota memegang sebatang dahan kecil memberitahunya bahawa Macbeth akan sentiasa selamat sehinggalah pokok-pokok kayu dari Hutan Birnam berjalan ke Bukit Dunsinane. Macbeth pun berasa lega kerana beliau tahu semua manusia lahir daripada peranakan wanita dan pokok-pokok tidak boleh berjalan. Macbeth juga bertanya jika anak-anak Banquo akan memerintah Scotland: tiga orang tua itu menyeru keluar lapan raja bermahkota, semuanya mirip wajah Banquo, dan yang terakhir membawa cermin yang menunjukkan lebih banyak raja. Macbeth sedar bahawa ini ialah keturunan Banquo mendapat takhta di berbagai negeri. Setelah orang-orang tua menari-nari dan memberi selamat kepadanya, mereka pun pergi, Lennox kemudian masuk dan beritahu bahawa Macduff telah lari ke England. Macbeth perintahkan istana Macduff dirampas, dan mengupah pembunuh untuk membunuh Macduff, isteri Macduff dan anak-anaknya. Walaupun Macduff tiada lagi di istananya, semua orang di dalamnya dihukum bunuh termasuklah Lady Macduff dananak mereka.
[[Fail:Johann_Heinrich_Füssli_030.jpg|kanan|thumb|''Lady Macbeth sedang jalu'' oleh Johann Heinrich Füssli]]
 
=== AdeganBabak V ===
Sementara itu, Lady Macbeth berasa amat bersalah daripada dosa yang dia dan suaminya telah lakukan. Pada waktu malam, di istana raja di Dunsinane, seorang tukang ubat dan seorang dang perwara bercakap tentang Lady Macbeth yang selalu jalu di tengah malam. Tiba-tiba, Lady Macbeth bersawai dengan sekaki lilin dalam tangannya. Dia mula meratapi pembunuhan Duncan, Lady Macduff dan Banquo, mencuba basuh bayangan kesan darah daripada tangannya, sementara menyebut-nyebut perkara-perkara dahsyat yang dia suruh suaminya lakukan. Dia pun beredar, dan tukang ubat dan dang perwara tadi terpegun dengan kegilaannya. Lady Macbeth yang percaya tiada apa dapat hilangkan kesan darah pada tangannya ialah sebuah penukaran peranan yang ironis kerana melawan kata-katanya di awal drama kepada Macbeth bahawa "sedikit air akan bersihkan dosa kita ini" (II.ii.66).
 
Baris 71:
Sebelum musuh-musuh Macbeth tiba, beliau mendapat tahu bahawa Lady Macbeth telah membunuh dirinya, menyebabkan beliau dilanda duka dan hiba, dan beliau menyampaikan senandikanya yang digelar "<nowiki><i>Tomorrow, and tomorrow, and tomorrow</i></nowiki>" ("Keesokannya, dan esoknya, dan esoknya" V.v.17–28). Walaupun beliau renungkan betapa singkatnya dan tiada maknanya hidup, beliau tetap menantikan puak Inggeris dan perkukuhkan istana Dunsinane. Dia pasti bahawa ramalan Tiga Nenek Kebayan akan melindunginya, tetapi mula ketakutan apabila ternampak bahawa tentera Inggeris semakin maju ke Dunsinane dengan pokok-pokok yang ditebang dari Hutan Birnam, yang memenuhi ramalan tentang pokok berjalan tempoh hari.
 
Pertarungan mereka mengemuncak dengan Macduff berhadapan dengan Macbeth, yang telah membunuh Siward si Muda. Tentera Inggeris terlalu banyak untuk ditewaskan oleh tentera Macbeth dan istananya. Macbeth menempelak bahawa beliau langsung tidak takut dengan Macduff, kerana beliau tidak dapat dibunuh oleh mana-mana manusia yang diperanakkan oleh wanita. Macduff membalas dan berkata, "Aku telah dikeluarkan daripada perut ibuku dengan dibelah [...] sebelum sampai ketika aku akan keluar" (V.8.15–16), (yakni, dilahirkan dengan pembedahan Caesarean) dan bukan "diperanakan daripada perempuan" (ini dinamakan dalihan, alasan yang diberikan untuk menyembunyikan sesuatu), dan memenuhi ramalan kedua. Macbeth mula sedar bahawa beliau telah tersalah faham kata-kata tiga ahli nujum. Walaupun beliau sedar tiada jalan keluar, beliau tetap menentang. Macduff membunuh dan memotong kepala beliau, memakbulkan ramalan yang tertinggal.
 
.
 
Macduff membawa kepala Macbeth di atas pentas dan Malcolm berkata keamanan sudah kembali. Dia menyebut tentang Lady Macbeth, dan memberitahu "Ia didengar, oleh diriku dan lima (maksud: tangan) buas; membuang sendiri nyawanya" (V.ix.71–72), namun kaedah Lady Macbeth membunuh dirinya tidak diberitahu. Malcolm, kini Raja Scotland, isytiharkan niat murninya untuk negeri dan mengundang hadir semua rakyat untuk pertabalannya di Scone.