Pasrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 24:
 
==Sinopsis==
Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham. Namun sayangnya, segalanya pengorbanan yang dilakukan Farah tidak sedikitpun dihargai oleh Hafsham. Sikap cemburu buta Hafsham semakin membuatkan hubungannya bersama Farah Diba semakin dingin. Natasha kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan menggoda Hafsham dan memfitnah Farah Diba. Hafsham akhirnya memutuskan hubungannya dengan Farah Diba lalu mengahwini Natasha. Meskipun berat hati dan rasa kecewa, Farah akur dengan keputusan Hafsham dan mula mengubati lara hatinya sendirian. PerkahwinanMajlis perkahwinan Hafsham dan Natasha akhirnya berlangsung. Namun tidak lama kemudian, rumahtangga Hafsham dan Natasha mulai goyah apabila Hafsham melihat Natasha masih belum mengubah sikapnya yang masih menjejakkan kakinya ke kelab malam. Hafsham akhirnya rasa menyesal kerana mengambil keputusan terburu-buru mengahwini Natasha. Hafsham mencuba untuk memenangi semula hati Farah Diba. Bagaimanapun, hati Farah Diba kini tertutup untuk menerima Hafsham kembali. Farah juga mengingatkan Hafsham agar setia kepada Natasha dan membimbingnya ke jalan yang benar sebagai seorang isteri.
 
==Pelakon==