William I dari Orange: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
[[Fail:WilliamOfOrange1580.jpg|thumb|220px|'''William I''' (William si Senyap)]]
'''William I dari Orange-Nassau''' ([[24 April]], [[1533]] – [[10 Julai]], [[1584]]), dikenali juga sebagai, '''William si Senyap''' ([[Bahasa Belanda|Belanda]]: ''Willem de Zwijger'') telah dilahirkan dalam [[Kerabat Oranye-Nassau|Kerabat Diraja Nassau]] dan menjadi [[Putera Orange]] pada [[1544]]. Beliau merupakan pemimpin utama yang mengetuai [[pemberontakan Belanda|pemberontakan]] [[Belanda]] ke atas [[Sepanyol]] yang memulakan [[Perang Lapan Puluh Tahun]] dan berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk [[Republik Belanda|Wilayah-wilayah Bersatu]] pada [[1648]].
 
Seorang bangsawan yang kaya, William pada asalnya berkhidmat dengan pemangku raja Sepanyol di istana. Kerana tidak gembira dengan kuasa politik yang diberi kepada para bangsawan tempatan dan penyeksaan yang dikenakan ke atas penganut agama [[Protestan]] di Belanda, William memutuskan untuk berganding bahu dengan kumpulan pemberontak untuk menentang kuasa Sepanyol. Seorang yang berpengaruh dan berupaya, William berjaya mengetuai beberapa kempen ketenteraan dalam usaha untuk menentang penjajah Sepanyol. Raja Sepanyol telah mengisytiharkan beliau sebagai seorang penjenayah dan beliau akhirnya berjaya dibunuh oleh [[Balthasar Gerard|Balthasar Gérard]] di [[Delft]], pada masa di mana popularitinya semakin menurun.