Pertempuran Ad Decimum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict | conflict = Pertempuran Ad Decimum | partof = Perang Vandal | image = | caption = | date = 13 Se...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:39, 27 Mac 2020

Pertempuran Ad Decimum tercetus pada 13 September 533 antara tentera Kerajaan Vandal yang dipimpin oleh Raja Gelimer dan Empayar Byzantine yang diketuai oleh Belisarius. Kemenangan Byzantine dalam pertempuran ini telah menandakan bibit-bibit awal kejatuhan Vandal dan permulaan kempen penaklukan semula wilayah barat semasa zaman pemerintahan Maharaja Justinian I.

Pertempuran Ad Decimum
Sebahagian daripada Perang Vandal
Tarikh13 September 533 Masihi
Lokasi
Berhampiran Carthage
Keputusan Kemenangan Byzantine
Pihak yang terlibat
Empayar Byzantine Kerajaan Vandal
Komandan dan pemimpin
Belisarius
John orang Armenia
Gelimer
Ammatas 
Kekuatan
18,000[1] atau 15,000 tentera Lebih banyak daripada Rom[2] atau 10,000-12,000 tentera[3] atau 11,000 tentera
Kerugian dan korban
Tidak diketahui Tidak diketahui

Latar belakang

Kejayaan Rom di Dara merupakan kemenangan pertama Rom ke atas Parsi di medan lapang pada kurun ini. Walaupun Maharaja Justinian tidak dapat memperoleh sebarang wilayah baru, beliau telah memeterai perjanjian damai dengan Parsi pada tahun 532 untuk menjamin keselamatan sempadan kerajaannya di timur. Justinian ingin memulakan kempen penaklukan semula ke atas wilayah-wilayah kerajaannya di barat yang kini berada di bawah kawalan puak Jermanik. Namun, keadaan di Constantinople pula telah meruap. Perlumbaan kuda di kota itu sering kali mencetuskan perbalahan antara penyokong daripada pasukan yang berbeza. Walau bagaimanapun pada tahun 532, dua daripadanya iaitu pasukan biru dan hijau melancarkan pemberontakan dan malahan mereka telah menabalkan maharaja yang baru. Pemberontakan ini berterusan selama lima hari sehinggalah Justinian menggunakan penglibatan tentera di bawah pimpinan jeneral Belisarius dan Mundus untuk memadamkannya. 30,000 orang telah dibunuh dan antara bangunan yang telah dibakar ialah model awal Hagia Sophia. Maharaja Justinian memasang niat untuk membina semula gereja itu dan menjadikan ia sebagai bangunan termegah di dunia. Beliau memerlukan modal untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan dan mencari peluang untuk melonjakkan reputasinya yang telah tercalar gara-gara pemberontakan yang lalu. Kempen penaklukan ke atas wilayah barat merupakan jalan penyelesaian kepada kedua-dua kesulitan yang dihadapi oleh Maharaja Byzantine itu.

Pada abad ke-5, wilayah-wilayah milik Empayar Rom Barat telah dibahagikan antara pelbagai puak Jermanik. Salah satu daripada puak tersebut ialah Vandal yang telah mendirikan kerajaannya di Afrika Rom dan pulau-pulau di barat Mediterranean pada tahun 439.

  1. ^ name=":0"
  2. ^ Anthony Brogna (1995), the Generalship of Belisarius
  3. ^ name=":0"