Kurosaki Ichigo: Perbezaan antara semakan

914 bait ditambah ,  14 tahun lalu
 
Dordonii tidak berpuas hati dengan hanya melihat tahap terakhir zanpakutōnya; dia kini ingin melihat Ichigo dalam bentuk hollow. Malah, dia cuba menyerang Nell untuk memaksa Ichigo bertukar ke bentuk hollow. Ichigo menempatkan Nell di tempat yang selamat dan bersetuju untuk membiarkan Dordonii menyaksikan hollow Ichigo tetapi hanya untuk sesaat. Dordonii berasa gembira tetapi hollow Ichigo mencederakannya dengan parah dengan satu pukulan. Nell mengubati Dordonii dan cuba menyerang Ichigo sekali lagi tetapi gagal. Sebagai tanda terima kasih kerana bertarung dengannya, Dordonii menentang Exequia yang dikerahkan untuk menangkap Ichigo agar Ichigo berpeluang melarikan diri.
 
Seketika kemudian, Ichigo berjumpa dengan Ulquoirra yang membawa khabar "kematian" Rukia. Mendengar khabar ini, Ichigo memalingkan diri untuk berpatah balik demi menyelamatkan Rukia. Dia enggan bertarung dengan Ulquoirra kerana merasakan tiada perkelahian antara mereka. Namun, setelah Ulquoirra memberitahu bahawa dia yang membawa Orihime ke Hueco Mundo, Ichigo tiba-tiba naik berang lalu berpaling untuk memberi serangan sulung kepada Ulquoirra. Dia mula menyalahkan Ulquoirra kerana dialah yang menyebabkan Orihime dianggap sebagai pengkhianat.
 
Pertarungan tercetus dan Ichigo menggunakan kuasa Vaizard yang menyebabkan Ulquoirra seolah-olah gagal menyainginya. Keputusannya seolah-olah Ichigo menang tetapi tiba-tiba Ulquoirra muncul lalu menikam dada Ichigo yang telah menghentikan kuasa Vaizard miliknya.
Babak ini juga mendedahkan kedudukan Ulquoirra sebagai ''Quatro Espada
'' ''atau Espada keempat.
''
 
== Kuasa ==
Pengguna awanama