Pertempuran Ad Decimum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 22:
Kejayaan Rom di [[Pertempuran Dara|Dara]] merupakan kemenangan pertama Rom ke atas [[Empayar Sasan|Parsi]] di medan lapang pada kurun ini. Walaupun Maharaja [[Justinian I|Justinian]] tidak dapat memperoleh sebarang wilayah baru, beliau telah memeterai [[Perjanjian Abadi (532)|perjanjian]] damai dengan Parsi pada tahun 532 untuk menjamin keselamatan sempadan kerajaannya di timur. Justinian ingin memulakan kempen penaklukan semula ke atas wilayah-wilayah kerajaannya di barat yang kini berada di bawah kawalan puak [[Puak-puak Jermanik|Jermanik]]. Namun, keadaan di [[Constantinople]] pula telah meruap. Perlumbaan [[rata|kuda]] di kota itu sering kali mencetuskan perbalahan antara penyokong daripada pasukan yang berbeza. Walau bagaimanapun pada tahun 532, dua daripadanya iaitu pasukan biru dan hijau melancarkan [[Rusuhan Nika|pemberontakan]] dan malahan mereka telah menabalkan maharaja yang baru. Pemberontakan ini berterusan selama lima hari sehinggalah Justinian menggunakan penglibatan tentera di bawah pimpinan jeneral [[Belisarius]] dan [[Mundus (jeneral)|Mundus]] untuk memadamkannya. 30,000 orang telah dibunuh dan antara bangunan yang telah dibakar ialah model awal [[Hagia Sophia]]. Maharaja Justinian memasang niat untuk membina semula gereja itu dan menjadikan ia sebagai bangunan termegah di dunia. Beliau memerlukan modal untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan dan mencari peluang untuk melonjakkan reputasinya yang telah tercalar gara-gara pemberontakan yang lalu. Kempen penaklukan ke atas wilayah barat merupakan jalan penyelesaian kepada kedua-dua kesulitan yang dihadapi oleh Maharaja Byzantine itu.
 
Pada abad ke-5, wilayah-wilayah milik [[Empayar Rom Barat]] telah dibahagikan antara pelbagai puak Jermanik. Salah satu daripada puak tersebut ialah [[Vandal]] yang telah mendirikan [[Kerajaan Vandal|kerajaannya]] di [[Afrika (wilayah Rom)|Afrika Rom]] dan pulau-pulau di barat [[Mediterranean]] pada tahun 439. Pada tahun 530, Raja Vandal iaitu [[Hilderic]] yang sedang berdamai dengan Justinian telah digulingkan dan dipenjarakan oleh sepupu Justinian, [[Gelimer]]. Gelimer kemudian merebut takhta Vandal tetapi beliau telah kekurangan [[legitimasi (undang-undang)|legitimasi]]. Beliau juga berpegang kepada aliran [[Arianisme]] dalam [[Kristian]] yang dianggap sesat. Justinian mendesak supaya takhta yang sepatutnya milik Hilderic dikembalikan atau menghantarnyamenghantar Hilderic ke Constantinople. Namun, Gelimer menolak sekali gus Justinian menjadikan ia sebagai [[casus belli]].
 
Sebaik sahaja situasi di Constantinople reda, Maharaja Byzantine memulakan persiapan bagi menjalankan ekspedisi ke atas Vandal. Belisarius telah diamanahkan sebagai komander dan beliau mempunyai tentera sekitar 20,000 orang. Pada Jun 533, Belisarius berlayar menuju ke Afrika. Percubaan sebelum ini untuk mengambil alih Afrika pada tahun 468 telah menemui kegagalan apabila armada Vandal memusnahkan kapal perang Rom dalam [[Pertempuran Cape Bon (468)|Pertempuran Cape Bon]]. Belisarius bernasib baik kerana kebanyakan kapal Vandal dan sekurang-kurangnya 5,000 tentera pejalan kaki musuh sedang berlayar ke [[Sardinia]] untuk mematahkan pemberontakan yang dilakukan terhadap Gelimer.
Baris 36:
 
== Kesan ==
[[Vandal]] menghadapi kerugian nyawa seramai ribuan orang berbanding dengan [[Empayar Byzantine|Rom]] yang hanya mencatatkan beratus-ratus korban. Tentera Rom memasuki [[Carthage]] pada 15 September 533 dan Belisarius berjaya menghalang tentera-tenteranya daripada terus menjarah kota itu. Sementara itu, [[Gelimer]] bergabung dengan puak Vandal yang bertaburan sebelum mereka disertai oleh abangnya, [[Tzazo]] yang berjaya mengembalikan [[Sardinia]] berada di bawah kawalan [[Kerajaan Vandal]]. Buat selama beberapa minggu, [[Belisarius]] mengarahkan pembaikian benteng-benteng kota dan mengirim utusan kepada orang [[Moor]] untuk memperoleh sokongan. Pada masa yang sama, Gelimer cuba menghasut penduduk Carthage dan tentera Rom supaya berpaling tadah. Vandal juga telah memotong bekalan air kepada kota Carthage sekali gus memaksa tentera Rom untuk menyerang mereka dan [[Pertempuran Tricamarum]] tercetus.
 
Hal ini telah membawa kepada kejatuhan Kerajaan Vandal. Penguasaan Rom ke atas [[Afrika]], Sardinia, [[Corsica]] dan sebahagian pulau [[Sicily]] telah dibentuk semula. Perinciannya tidak diketahui tetapi beberapa sumber telah mendakwa bahawa Maharaja [[Justinian]] takut akan kemungkinan Belisarius mendirikan kerajaannya sendiri. Jadi, jeneral itu telah dipanggil pulang ke [[Constantinople]] dan disambut sebagai pemenang.
 
== Catatan ==