Pertempuran Chaeronea (86 SM): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict=Pertempuran Chaeronea |partof=Perang Mithridates Pertama |image= |caption= |date= 86 SM |place=Chaeronea, ...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:27, 30 Mac 2020

Pertempuran Chaeronea terjadi antara tentera Rom pimpinan Lucius Cornelius Sulla dan jeneral Mithridates, Archelaus berhampiran Chaeronea di Boeotia pada tahun 86 Sebelum Masihi (SM) dalam kancah Perang Mithridates Pertama. Pertempuran ini berakhir dengan kekalahan tentera Pontus dan kemenangan muktamad untuk Rom.

Pertempuran Chaeronea
Sebahagian daripada Perang Mithridates Pertama
Tarikh86 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rom
Pihak yang terlibat
Republik Rom Pontus
Komandan dan pemimpin
Lucius Cornelius Sulla Archelaus
Kekuatan
30,000 120,000
Kerugian dan korban
12 (dipertikaikan) 110,000 (dipertikaikan)

Latar belakang

Pada penghujung kurun ke-2 Sebelum Masihi (SM), Republik Rom telah menguasai Greece dan mendirikan wilayah Asia dan Cilicia di Anatolia. Kawasan berhampiran seperti Bithynia, Paphlagonia dan Cappadocia menjadi negeri naungan Rom. Pada tahun 113 SM, Mithridates IV mula berkuasa. Beliau lebih hebat berbanding pemerintah-pemerintah Pontus yang lalu. Dalam tempoh masa sepuluh tahun, beliau telah menguasai Colchis setelah memenangi peperangan menentang Scythia dan memaksa Bosphorus untuk menyerah di bawah kerajaannya dengan jaminan beliau akan mempertahankannya daripada serangan puak nomad. Mithridates bercita-cita ingin menundukkan kerajaan lain yang terdapat di Anatolia. Pada tahun 108 SM, beliau telah bekerjasama dengan Raja Bithynia, Nicomedes III untuk membahagikan kawasan Paphlagonia sesama mereka. Tentera Rom pada masa itu sedang berperang dengan Cimbri dan Numidia. Jadi, mereka hanya menghantar utusan kepada kedua-dua raja tersebut tetapi ia telah diabaikan. Antara tahun 102 dan 97 SM, Mithridates bertindak mengambil alih kawasan Cappadocia. Walau bagaimanapun, Rom pada kala itu sudah tidak lagi terlibat dalam peperangan. Jadi apabila Senat mengarahkan kedua-dua raja itu untuk meninggalkan Paphlagonia dan Cappadocia pada tahun 95 SM, mereka telah menturutinya. Gabenor Cilicia iaitu Lucius Cornelius Sulla telah menempatkan raja baru di Cappadocia, Ariobarzanes tetapi usaha itu masih belum dapat menyelesaikan masalah ini sepenuhnya.

Pada tahun 94 SM, Mithridates telah berkahwin dengan anak Raja Armenia, Tigranes. Tiga tahun kemudian, Tigranes meminta menantunya untuk menceroboh Cappadocia manakala beliau menggerakkan tenteranya untuk menduduki Bithynia. Walaupun Rom kini terbabit dalam Perang Sosial menentang di Itali, mereka dapat menghantar satu pasukan tentera kecil yang dipimpin oleh bekas konsul, Manius Aquillius untuk memulihkan takhta naungannya di Cappadocia dan Bithynia. Aquillius hanya mempunyai beberapa ribu legiun di bawah kendaliannya tetapi beliau memperoleh tentera tambahan hasil bantuan daripada negeri naungannya. Apabila Mithradates dan Tigranes tidak ingin berperang dengan Rom, Aquillius telah mencapai objektifnya pada penghujung tahun 90 SM. Aquillus cuba menghasut Bithynia untuk menyerang Pontus dan mereka berjaya melakukannya pada tahun 89 SM. Mithridates mendesak Rom supaya menghalang Bithynia tetapi desakannya telah ditolak. Beliau tidak mempunyai pilihan lain melainkan menceroboh Cappadocia. Perkara ini telah mencetuskan Perang Mithridates Pertama.