Pertempuran Chaeronea (86 SM): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict=Pertempuran Chaeronea |partof=Perang Mithridates Pertama |image= |caption= |date= 86 SM |place=Chaeronea, ...'
 
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 2:
|conflict=Pertempuran Chaeronea
|partof=[[Perang Mithridates Pertama]]
|image= [[Fail:Cheronea_86aC.png|250px]]
|image=
|caption=Peta pergerakan tentera Rom sebelum dan semasa pertempuran di Chaeronea.
|caption=
|date= 86 SM
|place=[[Chaeronea]], [[Boeotia]] ([[Greece]] moden)
Baris 20:
 
== Latar belakang ==
Pada penghujung kurun ke-2 Sebelum Masihi (SM), [[Republik Rom]] telah menguasai [[Greece]] dan mendirikan wilayah [[Asia (wilayah Rom)|Asia]] dan [[Cilicia (wilayah Rom)|Cilicia]] di [[Anatolia]]. Kawasan berhampiran seperti [[Bithynia]], [[Paphlagonia]] dan [[Cappadocia]] menjadi negeri naungan Rom. Pada tahun 113 SM, [[Mithridates IVVI dari Pontus|Mithridates IVVI]] mula berkuasa. Beliau lebih hebat berbanding pemerintah-pemerintah [[Kerajaan Pontus|Pontus]] yang lalu. Dalam tempoh masa sepuluh tahun, beliau telah menguasai [[Colchis]] setelah memenangi peperangan menentang [[Scythia]] dan memaksa [[Bosphorus]] untuk menyerah di bawah kerajaannya dengan jaminan beliau akan mempertahankannya daripada serangan puak nomad. Mithridates bercita-cita ingin menundukkan kerajaan lain yang terdapat di Anatolia. Pada tahun 108 SM, beliau telah bekerjasama dengan [[Senarai pemerintah Bithynia|Raja Bithynia]], [[Nicomedes III dari Bithynia|Nicomedes III]] untuk membahagikan kawasan Paphlagonia sesama mereka. Tentera Rom pada masa itu sedang berperang dengan [[Cimbri]] dan [[Numidia]]. Jadi, mereka hanya menghantar utusan kepada kedua-dua raja tersebut tetapi ia telah diabaikan. Antara tahun 102 dan 97 SM, Mithridates bertindak mengambil alih kawasan Cappadocia. Walau bagaimanapun, Rom pada kala itu sudah tidak lagi terlibat dalam peperangan. Jadi apabila [[Senat Rom|Senat]] mengarahkan kedua-dua raja itu untuk meninggalkan Paphlagonia dan Cappadocia pada tahun 95 SM, mereka telah menturutinya. Gabenor Cilicia iaitu [[Lucius Cornelius Sulla]] telah menempatkan raja baru di Cappadocia, [[Ariobarzanes I dari Cappadocia|Ariobarzanes]] tetapi usaha itu masih belum dapat menyelesaikan masalah ini sepenuhnya.
 
Pada tahun 94 SM, Mithridates telah berkahwin dengan anak [[Senarai raja Armenia|Raja Armenia]], [[Tigranes Agung|Tigranes]]. Tiga tahun kemudian, Tigranes meminta menantunya untuk menceroboh Cappadocia manakala beliau menggerakkan tenteranya untuk menduduki Bithynia. Walaupun Rom kini terbabit dalam [[Perang Sosial (91-88 SM)|Perang Sosial]] menentang di Itali, mereka dapat menghantar satu pasukan tentera kecil yang dipimpin oleh bekas konsul, [[Manius Aquillius (konsul 101 SM)|Manius Aquillius]] untuk memulihkan takhta naungannya di Cappadocia dan Bithynia. Aquillius hanya mempunyai beberapa ribu [[legiun Rom|legiun]] di bawah kendaliannya tetapi beliau memperoleh tentera tambahan hasil bantuan daripada negeri naungannya. Apabila Mithradates dan Tigranes tidak ingin berperang dengan Rom, Aquillius telah mencapai objektifnya pada penghujung tahun 90 SM. Aquillus cuba menghasut Bithynia untuk menyerang Pontus dan mereka berjaya melakukannya pada tahun 89 SM. Mithridates mendesak Rom supaya menghalang Bithynia tetapi desakannya telah ditolak. Beliau tidak mempunyai pilihan lain melainkan menceroboh Cappadocia. Perkara ini telah mencetuskan [[Perang Mithridates Pertama]].
 
Tentera Rom mempunyai satu pasukan legiun di kawasan itu sebelum mereka memperoleh tiga pasukan tentera tambahan seramai 40,000 orang. Di samping itu, terdapat juga 50,000 tentera Bithynia di bawah pimpinan Nicomedes yang membantu Rom sudah bersiap di Paphlagonia. Sementara itu, Mithridates pula mempunyai bilangan tentera antara 150,000 dan 200,000 tentera. Tentera barisan hadapan Mithridates telah [[Pertempuran Sungai Amnias|bertembung]] dengan tentera Bithynia berhampiran [[Sungai Amnias]] di Paphlagonia. Tentera Mithridates yang dipimpin oleh jeneral [[Archelaus (jeneral)|Archelaus]] dan [[Neoptolemus (jeneral Pontus)|Neoptolemus]] telah mencapai kemenangan dalam pertempuran pertama yang tercetus bagi kancah peperangan ini. Hanya 20,000 tentera Bithynia yang sempat berundur menuju ke posisi Rom.
 
Tentera Rom kini mempunyai lebih daripada 40,000 orang tentera tetapi tentera utama Mithridates tetap mengatasi jumlah tentera musuh dengan nisbah sekurang-kurangnya dua kepada satu. Raja Pontus itu segera mara ke Bithynia dan menewaskan Aquillus dengan mudah dalam [[Pertempuran Protopachium]]. Penduduk tempatan turut terlibat membunuh legiun-legiun Rom dan menyerahkan Aquillus kepada Mithridates. Mithridates menghukum mati Aquillus dengan cara menuangkan emas yang telah dilebur ke dalam tekaknya. Pasukan Rom yang kedua kali ini diketuai oleh [[Lucius Cassius|Cassius]] tetapi disebabkan oleh bilangan tentera musuh yang ramai dan menerima tekanan hebat daripada Pontus membuatkan beliau berundur ke [[Rhodes]]. Pasukan ketiga pula telah mencari perlindungan ke wilayah Asia dan bersembunyi di sebalik tembok [[Laodicea on the Lycus|Laodicea]]. Apabila bala tentera Mithridates menghampiri kota itu, penduduknya telah menyerahkan tentera-tentera Rom yang bersembunyi di situ kepadanya sebagai tanda pengampunan.
 
Kempen ketenteraan Rom pada tahun 89 SM telah menyaksikan kemusnahan pemerintahan Rom di Asia. Mithridates pula telah mendapat sokongan daripada orang tempatan dengan menabur janji bahawa beliau tidak akan mengutip cukai daripada mereka selama lima tahun. Di Rom, Sulla telah dilantik bagi mengetuai tentera Rom untuk menentang Pontus tetapi dihalang oleh krisis dalaman yang memuncak. Mithridates tidak ingin membuang masa lagi dan beliau mengarahkan semua tentera Rom dan puak Itali perlu dibunuh di Asia Kecil pada tahun 88 SM. 100,000 orang telah maut dalam peristiwa yang dikenali sebagai [[Vespiri Asiatik]] dan ia dianggap sebagai salah satu [[genosid]] terawal dalam sejarah.
 
Greece masih lagi berharap untuk mendapatkan kemerdekaan. Pada musim bunga tahun 88 SM, ketua parti anti-Rom di [[Athens]] iaitu [[Arestos]] telah dilantik menjadi [[Strategos]] dan menjemput Mithridates menuju ke Greece. Mithridates telah menghantar Archelaus ke sana tetapi kehadirannya telah menyebabkan pemberontakan anti-Rom di selatan Greece. Tentera Rom di kawasan itu mempunyai dua pasukan legiun tetapi mereka semua sedang sibuk berperang dengan [[Thracia]]. Jadi, hanya terdapat sebuah pasukan kecil Rom yang perlu menghalang kemaraan Archelaus dan puak pemberontak daripada menuju ke utara Greece.
 
Sulla mendarat di [[Aetolia]] pada tahun 87 SM. Beliau kemudian mara menuju ke [[Attica]] sebelum [[Pengepungan Athens dan Piraeus (87-86 SM)|mengepung]] kota [[Athens]] dan [[Piraeus]]. Oleh kerana Mithridates memiliki kelebihan di lautan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghulurkan bantuan ketenteraan dan bekalan-bekalan untuk kota Piraeus. Sebuah pasukan Pontus yang baru pula telah mara melalui [[Thrace]] dan [[Macedon]] sekali gus menyebabkan Sulla ingin menamatkan pengepungan sepantas yang boleh. Pada 1 Mac 86 SM, tentera Rom akhirnya dapat menembus masuk ke dalam kota Athens dan membunuh ramai anggota parti anti-Rom di sana. Dengan ancaman di selatan telah reda, Sulla kini bebas untuk meneruskan kemaraan ke [[Boeotia]].
 
== Pertempuran ==
Kedua-dua pihak telah bertembung berhampiran [[Chaeronea]] yang merupakan lokasi Raja [[Philip II dari Makedonia|Philip II]] [[Pertempuran Chaeronea (338 SM)|membebaskan]] Yunani pada suatu ketika dahulu. Tentera [[Kerajaan Pontus|Pontus]] dipimpin oleh [[Archelaus (jeneral)|Archelaus]] mempunyai tentera seramai 70,000 orang dan 30,000 daripadanya merupakan infantri, 20,000 tentera dari Asia, 15,000 lagi merupakan tentera yang menggunakan corak [[phalanx]] [[Makedonia]] diikuti oleh 2,000 kavalri dan beratus-ratus [[rata|pedati]] kuda. [[Lucius Cornelius Sulla]] mempunyai enam pasukan [[legiun]] yang berjumlah seramai 30,000 legiun diikuti oleh 5,000 infantri Yunani dan 2,000 kavalri sekali gus membentuk jumlah angkatan tentera seramai lebih kurang 40,000 tentera.
 
Tentera Sulla telah menduduki kawasan bukit dan kedua-dua pihak ini telah dipisahkan oleh [[Sungai Cephissus]]. Tentera Rom mempunyai posisi tentera bertahan yang baik tetapi garis bekalan mereka terdedah kepada serangan musuh. Hal ini demikian kerana garis bekalan Rom yang melalui kawasan lembah hanya dikawal oleh sebuah [[acropolis]] lama yang berisiko akan ditawan musuh dengan mudah. Kedua-dua pihak cuba untuk menguasai acropolis tersebut tetapi Rom akhirnya berjaya mendapatkannya. Bahkan, mereka juga dapat menghalang tentera Pontus daripada menawan Chaeronea dari arah barat. Archelaus kemudian mencari jalan lain untuk menuju ke kota tersebut dengan mengelilingi bukit-bukit berhampiran sebelum menyerangnya dari arah utara. Namun, beliau akhirnya berjaya disekat oleh semua tentera Sulla. Kedua-dua pihak kemudian berhadapan antara satu sama lain. Di sebelah kiri tentera Rom, terdapatnya Sungai Cephissus manakala pasukan sayap Rom pula telah menduduki [[Gunung Thourion|Gunung Thurium]]. Tentera Pontus telah mengatur formasi mereka dalam jarak yang luas dan pasukan sayap kanan mereka mengancam pasukan sayap kiri Rom dengan cara kepungan.
 
Pertempuran bermula apabila pasukan sayap kanan Pontus cuba untuk menguasai kawasan bukit daripada tentera Rom di sana tetapi kedudukan mereka terlalu kukuh dan menyebabkan serangan ini mengorbankan seramai 3,000 tentera Pontus. Pedati kuda Archelaus cuba untuk menyerang jantung pasukan Rom tetapi legiun Rom sengaja membenarkan musuh melepasi barisan tentera Rom melalui jurang antara pasukan sebelum mereka semua disingkirkan. Pertempuran di bahagian tengah antara legiun dan phalanx tidak dapat disimpulkan. Panglima Pontus masih menyangka pautan antara pasukan kiri Rom sangat lemah lalu mengarahkan ramai tenteranya untuk melancarkan serangan. Sulla dapat membaca pergerakan itu dan kebetulan pasukan simpanannya dari tengah datang tepat pada masanya untuk menyekat laluan serangan musuh. Tentera Pontus yang mempunyai tentera simpanan jauh lebih ramai bertindak menyerang pasukan kiri Rom membuatkan Sulla tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengetuai pasukan kavalrinya untuk memberikan bantuan. Archelaus kini memanfaatkan kenyataan bahawa pasukan kanan Rom telah menjadi lemah lalu beliau mengirimkan lebih ramai tentera untuk menyerang sasaran tersebut. Akan tetapi, Sulla dapat menangkap gerakan ini membuatkan beliau berundur semula dan turut melakukan serangan. Pasukan kiri Pontus terus diasak sehingga mereka dihimpit hingga ke sungai dan terpisah daripada pasukan yang lain. Pasukan kanan Pontus pula telah dikelilingi dan disingkirkan oleh tentera Rom. Pasukan tengah Pontus masih lagi mampu bertahan dan Archelaus cuba untuk berundur ke kem tetapi ia hanyalah meningkatkan lagi angka korban. Hanya 10,000 tentera Pontus yang berjaya melarikan diri melalui jalan laut.
 
== Kesan ==
Situasi [[Lucius Cornelius Sulla]] masih lagi goyah apabila [[Archelaus (jeneral)|Archelaus]] memperoleh bantuan ketenteraan seramai 80,000 orang dan [[Mithridates VI dari Pontus|Mithridates]] pula dapat menguasai laut. Sulla juga menghadapi masalah politik apabila pesaingnya di [[Senat Rom|Senat]] telah melantik [[Konsul Rom|konsul]] [[Lucius Valerius Flaccus (konsul 100 SM)|Flaccus]] untuk menggantikannya. Flaccus kemudian telah mendarat di [[Greece]] tidak lama kemudian. Sulla tidak akur akan penggantiannya lalu beliau telah menempatkan dirinya di tengah Greece untuk berperang dengan sama ada Archelaus atau Flaccus. Archelaus telah bersiap untuk memerangi Sulla dan beliau telah mendarat di [[Boeotia]]. Kedua-dua pihak ini bertembung di [[Pertempuran Orchomenus|Orchomenus]].
 
== Rujukan ==
*{{Cite book|url=https://books.google.com.au/books?id=lXX0AQAAQBAJ&dq=sulla+the+fortunate&source=gbs_navlinks_s|title=Sulla the Fortunate: Roman General and Dictator|last=Baker|first=George|publisher=Rowman and Littlefield|year=2001|isbn=1-4617-4168-8|location=|pages=|via=}}
*{{Cite book|url=https://books.google.com.au/books?id=MP2k4rx-Q_UC&dq=battle+of+chaeronea+Sulla&source=gbs_navlinks_s|title=Warfare in Antiquity|last=Delbruck|first=Hans|publisher=University of Nebraska Press|year=1990|isbn=0-8032-9199-X|location=|pages=|via=}}
*{{Cite book|url=https://books.google.com.au/books?id=C5pkSZBIXW0C&dq=battle+of+chaeronea+Sulla&source=gbs_navlinks_s|title=An Encyclopedia of Battles|last=Eggenberger|first=David|publisher=Courier Corporation|year=2012|isbn=0-486-14201-9|location=|pages=|via=}}
*{{Cite book|url=https://books.google.com.au/books?id=h5_tSnygvbIC&source=gbs_navlinks_s|title=A Global Chronology of Conflict: From the Ancient World to the Modern Middle East|last=Tucker|first=Spencer|publisher=ABC-CLIO|year=2009|isbn=1-85109-672-8|location=|pages=|via=}}
*{{Cite book|url=https://books.google.com.au/books?id=TnoxvIOoVzsC&dq=battle+of+chaeronea+Sulla&source=gbs_navlinks_s|title=A Chronology of the Roman Empire|last=Venning|first=Timothy|publisher=A&C Black|year=2011|isbn=1-4411-5478-7|location=|pages=|via=}}
*{{Cite book|url=https://books.google.com.au/books?id=NoABCgAAQBAJ&dq=battle+of+chaeronea+Sulla&source=gbs_navlinks_s|title=Warfare in the Classical World: War and the Ancient Civilizations of Greece and Rome|last=Warry|first=John|publisher=Pavilion Books|year=2015|isbn=1-84994-315-X|location=|pages=|via=}}
 
{{coord|38.501|22.864|type:event_region:GR|display=title}}
 
{{DEFAULTSORT:Chaeronea 86 Bc}}
[[Category:Pertempuran melibatkan Republik Rom]]
[[Category:Pertempuran melibatkan Pontus]]
[[Category:Peperangan Mithridates]]
[[Category:86 SM]]