Kentang goreng: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Persediaan untuk pemindahan semula.
Teg: Lencongan baharu
k Removed redirect to Kentang jejari
Teg: Membuang lencongan
Baris 1:
[[Fail:Pommes-1.jpg|thumb|250px|Sepinggan kentang digoreng bentuk jejari yang sedia dimakan]]
#LENCONG [[Kentang jejari]]
'''Kentang goreng'''<ref name=DBP1>{{cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kentang+goreng&d=139128|title='kentang goreng' - Kamus Bahasa Inggeris|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka|access-date=1 April 2020}}</ref> ([[Tulisan Jawi]]: كنتڠ ݢوريڠ) atau lebih tepat lagi '''kentang jejari'''<ref name=DBP2>{{cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kentang+jejari&d=139128|title='kentang jejari' - Kamus Bahasa Inggeris|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka|access-date=1 April 2020}}</ref> ([[Tulisan Jawi]]: كنتڠ ججاري - {{lang-fr|pomme frite}}; {{small|[[bahasa Inggeris]] [[bahasa Inggeris Amerika Syarikat|A.S]]}} ''French fries'' {{small|[[bahasa Inggeris United Kingdom|U.K]], [[bahasa Inggeris Australia|Aus]]}} ''chips''<ref name=DBP1/>)<!--Kedua-dua "kentang goreng" dan "kentang jejari" diiktiraf DBP, namun "kentang goreng" lebih diutamakan kerana istilah ini lebih diketahui serta seragam seNusantara.--> ialah hidangan yang dibuat daripada potongan-potongan [[kentang]] yang digoreng memanjang seakan jari sebelum ia [[goreng celur|digoreng celur]] dalam [[minyak goreng]] panas.
 
Hidangan ini boleh dimakan begitu saja sebagai [[makanan ringan]] mahupun sebagai makanan pelengkap [[hidangan utama]] seperti [[stik|stik daging]], [[hamburger]], ''[[fish and chips]]'' dan ''[[currywurst]]''.
 
== Peristilahan ==
''French fries'' bererti "kentang goreng ala Perancis." Dalam [[bahasa Inggeris]], perkataan ''fry'' sebenarnya bermaksud menggoreng dengan minyak sedikit atau menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam (''goreng celur/jeluk''). Sedangkan dalam [[bahasa Perancis]], ''frire'' hanya bererti menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam.
 
Pada awalnya kata kerja "''to french''" digunakan untuk memotong sesuatu dengan bentuk panjang-panjang seperti batang korek api (mancis) yang disebut Julienne-cut.<ref>Merriam-Webster's Collegiate Dictionary, Edisi 10.</ref> Menurut kamus Oxford English Dictionary, istilah "''to french''" digunakan untuk daging yang dipotong-potong kecil, tapi istilah ini baru digunakan setelah "istilah ''french fried potato''" diperkenalkan.
 
[[Fail:Small_fried_waffles.jpg|thumb|right|Kentang jejari dengan hirisan ''waffle-cut'']]
 
Di [[United Kingdom]] dan kawasan sekitarnya, kentang jenis ini disebut '''chips'''. Di Amerika Utara, istilah "chips" lebih bermaksud [[kerepek kentang]] (''potato chips''), sedangkan di [[Australia]], [[New Zealand]] dan [[Afrika Selatan]], "chips" bererti kentang jejari atau kerepek kentang.
 
== Sejarah ==
Kentang ini menjadi terkenal seluruh dunia hasil perkenalan francais-francais restoran [[makanan segera]] seperti [[McDonald's]] dan [[Burger King]]. Pada awal tahun 1950-an, Jack Simplot yang memiliki sebuah syarikat bernama [[J.R. Simplot]] menciptakan bahan ''french fries'' berupa potongan-potongan kentang yang sudah dikupas dan dibekukan. Sebelum syarikat J.R. Simplot memasak bahan kentang goreng, kentang perlu dikupas dan dipotong-potong secara manual di semua cabang McDonald's. Kentang beku pengeluaran J.R. Simplot berjaya menyingkatkan waktu penyiapan makanan dan mendorong kepada pengembangan McDonald's.
 
[[Fail: Kfc_chicken_potato.jpg|thumb|Kentang jejari bersama ayam goreng KFC]]
[[Fail:Hard Rock Cafe French Fries 01.jpg|thumb|Kentang jejari dengan sos tomato dan mustard]]
 
=== Belgium ===
Orang Belgium mendakwa bahawa kentang jejari berasal dari [[Belgium]], walaupun pendakwaan ini kurang disokong bukti yang kuat, pada hakikatnya Orang Belgium memang suka makan kentang jejari. Pada tahun 2002, statistik menunjukkan bahawa orang Belgium rata-rata menghabiskan [[Euro|€]]6.01 untuk membeli kentang jejari, termasuk antaranya kentang jejari yang dibeli di restoran makanan segera.<ref name=statbel>{{cite web
| title = Huishoudbudgetonderzoek 2002
| publisher = Statistics Belgium
| date = 2002
| url = http://statbel.fgov.be/downloads/hbs2002ex_pp6_nl.xls
| format = berkas Excel dalam [[bahasa Belanda]]
| accessdate = 2006-10-25|archiveurl=http://web.archive.org/web/20061007054057/http://statbel.fgov.be/downloads/hbs2002ex_pp6_nl.xls|archivedate=2006-10-07}}</ref>
Sejarawan Belgium bernama [[Jo Gerard]] menyatakan bahawa resepi kentang jejari sudah ada di Belgium sejak tahun 1680. Pada waktu itu, penduduk miskin di daerah lembah [[Sungai Meuse]] antara [[Dinant]] and [[Liège]] mempunyai kebiasaan makan ikan kecil yang digoreng. Pada musim sejuk yang tidak tersedia ikan kerana sungai yang membeku, mereka menggoreng kentang yang dipotong-potong sama panjang.<ref name=belgiangov>{{cite web
| title = Specialities: Frites
| publisher = Belgian Federal Government
| url = http://www.belgium.be/eportal/application?origin=indexDisplay.jsp&event=bea.portal.framework.internal.refresh&pageid=contentPage&docId=25267.0
| accessmonthday = October 25
| accessyear = 2006}}</ref>
Pada tahun [[1857]], surat khabar "Courrier de Verviers" memuatkan rencana tentang seorang pengusaha Belgium bernama Fritz yang menjual makanana di bandar raya dan menggelarnya sebagai "raja kentang goreng" ("''le roi des pommes de terre frites''") <!-- "frites" bermaksud "goreng" dalam bahasa Perancis"). Pada tahun [[1862]], gerai kentang jejari "Max en Fritz" didirikan di Antwerp, di lokasi yang berdekatan dengan [[Het Steen]].<ref name=ilegems>Paul Ilegems. "De Frietkotcultuur"</ref>
 
Menurut cerita orang Belgium, tentera Inggeris yang datang ke Belgium sewaktu [[Perang Dunia I]] sempat merasa kentang jejari buatan orang Belgium dan menamakannya "French," kerana pada waktu itu bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi di pos ketenteraan Belgium.<ref name=fritkotmax>{{cite web
| title = GESCHIEDENIS VAN DE FRIET
| publisher = Fritkot Max
| url = http://www.fritkotmax.be/wf00020.htm
| access-date = 25 Oktober 2006}}</ref><ref name=jcwebdesign>{{cite web
| title = Geschiedenis
| url = http://users.pandora.be/jc-webdesign/geschiedenis.htm
| access-date = 25 Oktober 2006}}</ref>
 
=== Resepi tertua ===
Tukang masak Perancis bernama Honoré Julien sering menghidangkan kentang jejari untuk Presiden Amerika Syarikat, [[Thomas Jefferson]]. Menurut [[manuskrip]] tulisan tangan Thomas Jefferson pada tahun 1801, ''french fries'' ialah 'kentang segar yang dipotong kecil-kecil dan digoreng dalam rendaman minyak'.
 
Pada tahun 1813, dalam buku resepi masakan Amerika yang berjudul "''The French Cook''"<ref name=Frenchcook>"The French Cook" karya Louis Ude</ref>, sudah termuat resepi ''french fries''. Resepi hidangan ini sebenarnya sudah dimuat dalam buku resepi masakan Perancis "Les soupers de la cour" karya Menon pada tahun 1755.
 
Dalam buku resepi lama koleksi laman web ''Feeding America'' yang berjudul "Miss Parloa's New Cook Book" terbitan tahun 1882 sudah termuat resepi untuk "French fried potatoes" (kentang jejari Perancis).
 
=== Sepanyol ===
Sepanyol ialah negara Eropah yang pertama kali mengenali kentang, sehingga mendakwa kentang jejari sebagai ciptaan orang Sepanyol. Hidangan ini diperkenalkan orang Sepanyol ke Belgium yang pada waktu itu masih berada di bawah kekuasaan Sepanyol.
 
Menurut Prof. Paul Ilegems, [[kurator]] [[Frietkotmuseum]] di Belgium, [[Santa Teresa dari Ávila]] memperkenalkan cara menggoreng kentang. Selain itu, cara memasak kentang dengan cara digoreng dipengaruhi oleh cara [[masakan Mediterranean]].<ref name=demorgen>{{cite news
| last = Schoetens
| first = Marc
| title = Heilige Teresa bakte de eerste frieten
| language = Dutch
| publisher = De Morgen
| date = 13 Disember 2005
| url = http://www.demorgen.be/gastronomie/artikels/?id_article=ODA4&ih=h=h=
| accessdate = 25 Oktober 2006}}</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist|2}}
 
== Bacaan ==
* Paul Bocuse, ''La Cuisine du marché'', Paris, 1992.
 
== Pautan luar ==
* {{Nl}} [http://www.ranesi.nl/tema/belanda/pengalaman_di_belanda050826/patat_speciaal_saus060317 Patat met Speciaal Saus? Lekker…] [[Radio Nederland]]
* {{en}} [http://www.stim.com/Stim-x/9.2/fries/fries-sidebar-09.2.html Still life with fries] Sejarah kentang jejari
 
{{Kategori Commons|French fries|French Fries}}
 
[[Kategori:Makanan segera]]
[[Kategori:Hidangan kentang]]
[[Kategori:Makanan goreng celur]]