Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
tahun awal gerakan
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
sejarah gerakan
Baris 36:
 
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah ditubuhkan pada 1968. Antara usaha yang dilakukan oleh Parti Gerakan adalah berusaha membentuk sebuah Negara bernama Malaysia diwarnai oleh keharmonian masyarakat majmuk, keadilan sosial, kesaksamaan ekonomi, demokrasi berpolitik dan liberalisme budaya. Gerakan percaya dan yakin dalam penggunaan strategi yang pragmatik dan pendekatan yang bukan berteraskan satu kelompok masyarakat dan bersiap sedia komited kepada niat-niat murni.
 
<br />
 
* '''1968 - 1972: TAHUN-TAHUN AWAL'''
Baris 52 ⟶ 54:
 
Jawatankuasa Pusat baru yang dilantik pada Mei 1978 telah berjaya menangani pelbagai cabaran Pilihanraya Umum pada tahun itu. Pada masa itu, ia menghadapi satu lagitugasan yang lebih mencabariaitu untuk berunding bagi mendapatkan lebih banyak perwakilan Generasi Rakyat Malaysia Baru disetiap peringkat.
 
* '''1980 - 1989: PERPADUAN DAN CABARAN-CABARAN'''
 
Persidangan Perwakilan Nasional ke-9 telah diadakan di Port Dickson pada 17 Ogos 1980 di mana dalam pemilihan perwakilan itu, Dr. Lim Keng Yaik telah dipilih sebagai Presiden Parti baru untuk penggal 4 tahun. Sementara itu, Paul Leong Khee Seong, setelah menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden, bersumpah memberi sokongan dan kerjasamanya bersama-sama mereka yang terpilih termasuklah seorang lagi Timbalan Presiden Ong Boon Seong, Teh Ewe Lim sebagai Setiausaha Agung dan Dr. Goh Cheng Teik sebagai Timbalan Setiausaha Agung.
 
Dalam langkah rapi untuk mengembangkan parti,satu dasar pintu terbuka telah diambil oleh kepemimpinan baru yang bersifat liberal dan demokratik. Ini telah membuka jalan kepada 3 kumpulan untuk menyertai parti Gerakan di antara tahun-tahun 1981 dengan 1985. Kumpulan pertama diketuai oleh Michael Chen 9 Wing Sum dan bekas ahli-ahli MCA. Ini telah menyebabkan peningkatan dalam jumlah keahlian baru dan penubuhan lebih banyak cawangan dan bahagian di Perlis, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu di antara tahun 1981 dan tahun 1982.
 
Kumpulan kedua yang merupakan paling penting ialah golongan pendidik Cina yang berkait rapat dengan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia yang dikenali sebagai kumpulan “Dong Jiao Zong”. Ini termasuklah Kerk Choo Ting, Dr. Koh Tsu Koon, Ong Tin Kim, Dr. Kang Chin Seng dan lain-lain. Setelah menyertai Gerakan pada 31 Mac 1982, kumpulaninitelahmenyatakanpendiriantegasnyamengenaibahasa,pendidikan dan budaya untukmencipta sebuah Malaysia yang bersatupadu. Satu kenyataan bersama dimeterai antara kumpulan ini dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat yang menjanjikan bahawa ia akan dijadikan sebahagian daripada matlamat politik parti Gerakan. Seiring dengan kemunculan kumpulan“Dong Jiao Zong” ini, ia juga mencetuskan kebangkitan sekumpulan intelek muda yang prihatin dan komited yang kemudiannya muncul sebagai “think tank” parti Gerakan memperjuangkan isuisu nasional yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan politik. Kumpulan ketiga terdiri daripada pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang diketuai oleh bekas presiden CUEPACS, T. Najendran. Kemasukan kumpulan ini telah membantu mengukuhkan hubungan parti Gerakan dengan golongan pekerja.
 
Dengan rekod kekuatan dan pencapaian itu, parti Gerakan tidak mempunyai banyak masalah dalam menempuhi pilihanraya umum yang berikutnya pada tahun 1982 dan tahun 1986. Kepimpinan kita yang jujur, ikhlas, berkemampuan dan bertanggungjawab telah mendapat keyakinan dan sokongan rakyat dalam Pilihanraya yang ke-6 pada tahun 1982. Biarpun diperuntukan jumlah yang lebih rendah dalam kerusi negeri Pulau Pinang, kita telah berjaya merangkul 100% kejayaan dengan memenangi kesemua 8 kerusi negeri. Parti Gerakan juga telah menang besar di Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Johor dengan membawa balik 7 kerusi dari negeri-negeri ini. Dalam pertandingan kerusi Parlimen, 100% kemenangan juga diperolehi di Perak di manaGerakanmemenangi 3 kerusi yang diperuntukkanmanakaladiPulauPinang,kitatelahberjayamerampas2daripada 3 kerusi yang diperuntukkan termasuk satu kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Dr. Koh Tsu Koon di Tanjung, sebuah kubu kuat pembangkang. Ini adalah pencapaian terbaik parti Gerakan setelah menjadi parti komponen Barisan Nasional. Ia juga telah membuktikan penerimaan rakyat terhadap Gerakan.
 
Pilihanraya Umum ke-7 diadakan pada Ogos 1986 dibayangi oleh beberapa isu yang berkaitan dengan skandal korporat, penyelewengan pentadbiran kerajaan, masalah toleransi budaya dan kegawatan ekonomi, sertadiselubungi oleh sentimen anti- kerajaan di kawasan bandar. Parti Gerakan telah tewas 4 daripada 9 kawasan parlimen yang diperuntukkan di seluruh negara. Di kerusi negeri,walaupun kitamemenangi 9 daripada 11 kerusi di Pulau Pinang, kita telah mengalami kekalahan teruk di negeri-negeri lain, dengan hanya mendapat 4 daripada 11 kerusi yangdipertandingkan.
 
Pemilihan parti yang diadakan pada 29 September 1984 di Kuala Lumpur telah menyaksikan satu pertandingan yang sengit. Pemegangpemegang jawatan utama diuji sepenuhnya sebelum muncul pemenangdalam pemilihan itu. Dr. Lim Keng Yaik dan Paul Leong Khee Seong telah masing-masing dipilih semula sebagai Presiden Parti dan Timbalan Presiden dengan KerkChoo Ting sebagai Setiausaha Agung yang baru.
 
Dengan rekod pencapaian 95 cawangan baru dan 28 bahagian baru yang 11 ditubuhkan pada tahun 1985, Parti Gerakan dapat mara ke hadapan dengan lebih yakin untuk menangani beberapa masalah serius yang mengancam parti dan masyarakat. Walau bagaimanapun, usaha tersebut telah diabaikanapabila berlakunya satu pertandingan bagi merebut jawatan-jawatan utama pada Jun 1987. Oleh kerana ahli-ahli parti pada masa itu mempunyai kematangan politik danpemahamanyang lebihmantapmengenai asas-asasdemokrasi, Persidangan Perwakilan Tahunan ke-16 berjalan licin dan kepemimpinan pada masa itu diberikan mandatsekali lagi untuk memimpin parti untuk penggal 3 tahun lagi.
 
* '''1990 - 1995: UJIAN GETIR DAN KEMENANGAN'''
 
Kelancaran dan ketenangan dalam pemilihan parti tahun 1990 tidak mencerminkankegeloraandalamPilihanrayaUmumyangdihadapiolehGerakan dan parti komponen pada 21 Oktober 1990. Bagi kerusi Parlimen, Gerakan memenangi 5 daripada 9 kerusi manakala bagi kerusi negeri, Gerakan hanya mampu memenangi 11 daripada 23 kerusi yang dipertandingkan. Di Pulau Pinang, Gerakan hanya memenangi 7 daripada 11 kerusi yang dipertandingkan. Kekalahan mengejut adalah di Padang Kota, di mana Ketua MenteriPulau Pinang,Dr. LimChong Eutelah tewas kepadaLimKit SiangdariDAP. Bagaimanapun, parti kita masih mampu mengekalkan jawatan Ketua Menteri dan Dr. Koh Tsu Koon telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-3.
 
Dibantu oleh kejayaan ekonomi Malaysia yang mencatat lebih dari 8% dan berkekalan selama 7 tahun, Kerajaan Barisan Nasional telah mendapat kemenanganbesarpada25April1995. Daripada 27 kerusi negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan pada Pilihanraya Umum 1995, Gerakan telah memenangi 23 kerusi.
 
Pada [[27 Ogos]] [[2005]], parti ini mengadakan pilihan raya parti yang memperlihatkan kedudukan [[Lim Keng Yaik|Dr Lim Keng Yaik]] sebagai presiden dicabar oleh timbalannya, [[Kerk Choo Ting]]. Dr Lim mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden parti selepas memenangi 983 undi berbanding 628 undi yang diperoleh oleh Kerk. [[Koh Tsu Koon|Dr Koh Tsu Koon]] menjadi Timbalan Presiden yang baru selepas beliau menang tanpa bertanding pada hari pencalonan bagi pilihan raya parti.