Perbezaan antara semakan "Parti Gerakan Rakyat Malaysia"

(sejarah gerakan)
Sementara itu, Presiden Parti Dr. Lim Keng Yaik telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Utama untuk penggal keempat, manakala Timbalan Presiden Kerk Choo Ting telah dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa. Naib Presiden Dr. Tan Kee Kwong telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi manakala Setiausaha 14 Agung Chia Kwang Chye dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
 
* '''2000 - 2005: KEMENANGAN TERBAIK DALAM PILIHANRAYA'''
 
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasarmencatatkan 11.7%, kenaikan dalam angka dua digit untuk kali kedua sejak krisis kewangan 1997.Dalammemainkan peranan untukmembantu pemulihan keseluruhannya, Gerakan meneruskan perjuangan politiknya yang bukan berteraskan kaum seiring dengan semangat yang termaktub dalam Wawasan 2020. Gerakan telah melancarkan projek “Gerakan IT 2000” bagi memenuhi maksud untuk menghubungkan parti kita dengan generasi muda Malaysia. Pada 13 Ogos 2000, Pergerakan Pemuda Gerakanmelancarkan program“Anak Malaysia” untuk memajukan satu generasi anak-anak muda Malaysia yang bersatu padu, progresif, dinamik, berkeyakinan diri dan inovatif. Pada bulan September tahun yang sama, Gerakan telah mengadakan “New Millennium NDC” di Pulau Pinang, persidangan perwakilan nasional buat pertama kalinya diadakan di luar Kuala Lumpur dalam tempoh masa 15 tahun.
 
Di antara tahun 2000 hingga 2004, Gerakan perlu memastikan Pulau Pinang dapat terus berjaya dalam penyampaiannya biarpun MCA bermain muslihat politik. Pada tahun 2003, perbincangan untuk tujuan penggabungan telah diadakan dengan MCA dan kedua-dua pihak telah menubuhkan jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan secara bersama oleh ketua parti masing-masing bagi mencari kata sepakat. Dr. Lim Keng Yaik telah melancarkan menara berkembar Gerakan, iaitu Menara PGRM 2, yang terletak bersebelahan dengan ibu pejabat parti di Cheras pada 25 Mei 2003. Menara tersebut telah siap dibina pada tahun 2006.
 
Pada November 2003, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dato’ Seri Abdullah telah memimpin Barisan Nasional untuk meraih kemenangan besar pada Pilihanraya Umum 2004. Gerakan memenangi 30 daripada 31 kerusi negeri dan 10 daripada 12 kerusi parlimen yang ditandinginya di bawah tiket Barisan Nasional.
 
Pada [[27 Ogos]] [[2005]], parti ini mengadakan pilihan raya parti yang memperlihatkan kedudukan [[Lim Keng Yaik|Dr Lim Keng Yaik]] sebagai presiden dicabar oleh timbalannya, [[Kerk Choo Ting]]. Dr Lim mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden parti selepas memenangi 983 undi berbanding 628 undi yang diperoleh oleh Kerk. [[Koh Tsu Koon|Dr Koh Tsu Koon]] menjadi Timbalan Presiden yang baru selepas beliau menang tanpa bertanding pada hari pencalonan bagi pilihan raya parti.
 
Parti ini mencatat rekod pilihan raya terburuk semasa berlangsung [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|Pilihan Raya Umum 2008]], yang memperlihatkan Gerakan hanya memenangi 2 kerusi, berbanding kemenangan 10 kerusi pada pilihan raya sebelumnya. Jadi, parti ini kehilangan jawatan kabinet dan pembuangan ahli kabinet. Parti ini juga kehilangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sudah dipegang oleh mereka bagi satu masa yang panjang. Berikutan kekalahan parti dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|Pilihan Raya Umum 2008]], presidennya iaitu [[Koh Tsu Koon|Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]] menawarkan diri untuk letak jawatan bagi mengambil tanggungjawab dalam kekalahan tersebut.
 
 
Pilihan Raya Umum 2018 merupakan rekod pencapaian terburuk Parti ini kerana kalah di semua kerusi parlimen yang ditandingi.
21

suntingan