Pertempuran Tigranocerta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
 
Baris 31:
Selepas [[Pertempuran Cyzicus (73 SM)|Pertempuran Cyzicus]], [[Lucius Licinius Lucullus|Lucullus]] terus mara untuk menentang [[Mithridates VI dari Pontus|Mithridates]] apabila kedua-dua pihak meraih kemenangan dan kekalahan dalam beberapa siri pertempuran kecil. Mithridates terpaksa mencari perlindungan ke [[Kerajaan Beraja Armenia|Armenia]] di timur bersama dengan hanya 2,000 kavalri manakala tentera [[Republik Rom|Rom]] dapat menawan beberapa kota penting di [[Kerajaan Pontus]] sebelum mereka akhirnya menguasai ibu kota Pontus, [[Sinope]] beberapa minggu kemudian. Pada tahun 71 SM, sebahagian besar kawasan [[Anatolia]] berada di bawah pemerintahan Rom.
 
Pada tahun yang sama, Lucullus telah menghantar utusan damai kepada anak lelaki Mithridates, [[Machares]] yang juga merupakan Raja [[Kerajaan Bosporos|Bosphorus]]. Machares telah mengkhianati bapanya sendiri dan beliau bersetuju untuk dijadikan naungan Rom. Beliau juga mendesak supaya [[Tigranes Agung|Tigranes]] untuksupaya menyerahkan bapa mentuanya tetapi ditolak. [[Senarai Raja Armenia|Raja Armenia]] itu telah menguasai kawasan timur Anatolia, [[Cilicia]], sebahagian daripada [[Syria]], [[Iran]] dan [[Caucasus]] menjadikan beliau berasa amat yakin. Jeneral Rom pula telah menghabiskan masa pada tahun 70 SM untuk membina dasar pemerintahan dan barisan ketenteraan Rom di Anatolia. Pada tahun 69 SM, beliau akhirnya mara untuk menentang Tigranes bersama dengan kekuatan tentera seramai 35,000 infantri dan 10,000 kavalri. Sementara itu, Tigranes yang disokong oleh [[Raja Iberia]] dan [[Albania Caucasus|Albania]] mempunyai lebih daripada 80,000 tentera di bawah pimpinannya. Beliau sangat bersungguh-sungguh untuk bertempur dengan Lucullus serta mengabaikan nasihat Mithridates untuk mengelakkan daripada bertempur dengan Rom di pertempuran terbuka.
 
== Pertempuran ==