Hittite: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Tambah lebih banyak maklumat, gambar, dll.
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Tambah lebih banyak maklumat
Baris 45:
Pada zaman klasik, dinasti etnik Hit terdapat di kerajaan-kerajaan kecil dan tersebar di tanah [[Syria|Suriah]], [[Lubnan]] dan [[Israel]]. Setelah hubungan berkurangan dengan kerajaan Hit, keturunan mereka terselerak dan akhirnya bergabung dengan penduduk-penduduk [[Syam]], Turki, dan [[Mesopotamia]].<ref>''Ancient History Encyclopedia''. "[https://www.ancient.eu/Sea_Peoples/ Sea Peoples]." September 2009. [https://web.archive.org/web/20180618203237/https://www.ancient.eu/Sea_Peoples/ Diarkib] dari asal pada 18 Jun 2018.</ref>
 
Pada tahun 1920-an, minat terhadap Hit berkembang dengan pengasasan [[Republik Turki]] dan menarik perhatian ahli arkeologi seperti [[Halet Çambel]] dan [[Tahsin Özgüç]]. Di zaman itu, bidang kajian baharu Hittitologi (kaji bangsa Hit, Hitologi) juga mempengaruh penamaan lembaga-lembaga Turki, seperti bank milik kerajaan ''Etibank'' ("bank Hit"),<ref name=":0">Erimtan, Can. (2008). [https://www.jstor.org/stable/20455417 Hittites, Ottomans and Turks: Ağaoğlu Ahmed Bey and the Kemalist Construction of Turkish Nationhood in Anatolia]. [https://web.archive.org/web/20180922104515/https://www.jstor.org/stable/20455417 Diarkib] pada 22 September 2018, Anatolian Studies, 58, 141–171.</ref> dan yayasan Muzium Ketamadunan Anatolia (''Anadolu Medeniyetleri Müzesi'') di [[Ankara]], 200 kilometer barat dari ibu negeri Hit yang menjaga pameran artifak dan citra Hit terbesar di dunia.
 
== Etimologi ==
Baris 59:
 
Apabila kajian lanjut dilakukan pada separuh akhir abad ke-19, kerajaan Hit ternyata adalah lebih besar. Archibald Sayce menyatakan bahawa, daripada dibandingkan dengan Yudah, Negeri Besi itu "layak dibandingkan dengan Kerajaan Mesir yang berbahagi", dan "tidak terpermanai berkuasanya berbanding Yudah."<ref>Sayce, A. H. (1888) "Introduction", ''The Hittites: The Story of a Forgotten Empire.'' Oxford: Queen's College.</ref> Sayce dan cendekiawan-cendekiawan lain juga menyatakan bahawa kerajaan Yudah dan Hit bukan seteru kepada satu sama lain dalam nas-nas agama [[Agama Yahudi|Yahudi]]; dalam [[Kitab Raja-raja]], kerajaan Hit membekalkan Bani Israel dengan kayu pokok araz, rata, dan kuda, manakala dalam [[Kitab Kejadian]] mereka ialah rakan dan sekutu kepada Abraham. Uria si Het ialah seorang hulubalang dalam tentera Raja Daud dan dipanggil salah seorang daripada askar-askar terkemukanya dalam 1 Tawarikh 11.<ref>1 Taw. 11:10–47 [[https://www.bible.com/ms/bible/402/1CH.11.BM Alkitab Berita Baik]]</ref>
 
=== Penemuan awal ===
[[File:AlacaStandarte_Hirsch&Stiere.jpg|link=https://en.wikipedia.org/wiki/File:AlacaStandarte_Hirsch&Stiere.jpg|thumb|Seni patung haiwan gangsa di Muzium Ketamadunan Anatolia.]]
Charles Texier, seorang cendekiawan Perancis, menemui puing-puing Het pada tahun 1834 tetapi tidak mengaitkan pada kerajaan Het pada waktu itu.<ref name=":0" /><ref>Texier, Charles (1835). [https://babel.hathitrust.org/cgi/pt?id=mdp.39015036636960;view=1up;seq=372 "Rapport lu, le 15 mai 1835, à l'Académie royale des Inscriptions et Belles-lettres de l'Institut, sur un envoi fait par M. Texier, et contenant les dessins de bas-reliefs découverts par lui près du village de Bogaz-Keui, dans l'Asie mineure"] [Laporan 15 Mei 1835 kepada Akademi Inskripsi dan Susastera Diraja di Institut, berkenaan laporan En. Texier dan mengandungi lakaran ukiran-ukiran timbul yang ditemui oleh beliau berdekatan kampung Bogaz-Keui [kini: Boğazkale] di Asia Kecil]. ''Journal des Savants'' (dalam bahasa Perancis): 368–376. [https://web.archive.org/web/20190428022424/https://babel.hathitrust.org/cgi/pt?id=mdp.39015036636960;view=1up;seq=372 Diarkib] dari asal pada 28 April 2019.</ref>
 
Bukti arkeologi pertama kewujudan kerajaan Hit datang daripada batu bersurat yang ditemui di karum (stesen perdagangan negeri Asyur) kota Kanesy (kini dinamai [[Kültepe]]), yang mengandungi rekod perdagangan antara para saudagar Asyur dan sebuah "negeri ''Hatti''". Beberapa nama dalam batu bersurat bukan dalam bahasa Hat ataupun Asyur, tetapi jelas sekali ada kaitan dengan [[bahasa Indo-Eropah]].<ref>Kloekhorst, Alwin. [https://www.academia.edu/9794131 "Personal names from Kaniš: the oldest Indo-European linguistic material"].</ref>
 
Aksara pada sebuah tugu di [[Boğazkale]] oleh satu "Orang Hattusya" ditemui oleh William Wright pada tahun 1884 dan mirip sejenis aksara hieroglif dari [[Aleppo]] dan [[Hama, Syria|Hama]] di Utara [[Syria]]. Pada tahun 1887, ekskavasi di Amarna, Mesir terjumpa utusan diplomatik dari Firaun [[Amenhotep III]] dan putera baginda, [[Akhenaten]]. Dua daripada surat-suratnya datang dari "kerajaan Kheta" - yang terletak di kawasan sama yang negeri Mesopotamia panggil "negeri Hatti" - yang ditulis dalam tulisan pepaku Akkadia baku, namun dalam bahasa yang tidak diketahui; walaupun para ilmuan dapat tafsirkan bagaimana bunyi surat itu, tiada siapa dapat faham maknanya. Tidak berapa lama kemudian, Sayce mengusulkan bahawa ''Hatti'' atau ''Khatti'' di Anatolia serupa dengan "kerajaan Kheta" yang disebut dalam teks-teks Mesir, serta bani Hit dalam Alkitab. Ada pula yang, contohnya Max Müller, setuju ''Khatti'' mungkin sama dengan ''Kheta'', tetapi sebaliknya mengusulkan hubungannya dengan kerajaan Kitim daripada Alkitab (Daniel 11:30) dan bukan kerajaan Hit. Pengecaman Sayce diterima secara meluas menjelang awal abad ke-20, dan nama "Hit" telah dihubungkaitkan dengan tamadun yang ditemui di Boğazköy.{{Citation needed}}
[[File:Sphinx_Gate,_Hattusa_01.jpg|link=https://en.wikipedia.org/wiki/File:Sphinx_Gate,_Hattusa_01.jpg|thumb|Gerbang Sfinks di Hattusya.]]
Sekali-sekala ekskavasi diadakan di Boğazköy (Hattusya), bermula pada tahun 1906. Ahli arkeologi Hugo Winckler terjumpa sebuah arkib diraja dengan 10 000 batu bersurat, ditulis dalam tulisan pepaku Akkadia dan juga bahasa yang tidak diketahui dalam surat-surat Mesir dari Kheta - maka identiti kedua-dua nama Kheta dan Hit akhirnya disahkan. Beliau juga membuktikan bahawa puing-puing di Boğazköy merupakan peninggalan ibu negeri kerajaan yang pernah pada suatu masa mengawal utara Syria.
 
Di bawah kelolaan Institut Arkeologi Jerman, ekskavasi di Hattusya berlangsung sejak 1907, dan hanya tergendala semasa perang-perang dunia. Kültepe berjaya digali oleh Profesor Tahsin Özgüç dari 1948 hingga beliau meninggal pada 2005. Ekskavasi skala kecil juga dilaksanakan di sekeliling Hattusya, termasuklah tempat suci Yazılıkaya, yang penuh dengan ukiran batu timbul menggambarkan pemerintah-pemerintah Hit dan dewata sembahan bangsa mereka.
 
=== Tulisan ===
Orang Hit menggunakan satu aneka tulisan pepaku yang dipanggil tulisan pepaku Hit. Kembara arkeologi ke Hattusya telah menemui berbagai set penuh arkib diraja dengan tulisan bersurat, yang ditulis dalam [[bahasa Akkadia]], bahasa pengantara dan diplomatik ketika itu, ataupun dalam pelbagai loghat lain dalam kerajaan gabungan Hit.<ref>''The Hittite Empire''. Bab V. Vahan Kurkjian.</ref>
 
=== Muzium ===
[[File:20141231_155331Ancient_Jewelry-Turkey.jpg|link=https://en.wikipedia.org/wiki/File:20141231_155331Ancient_Jewelry-Turkey.jpg|thumb|Barang kemas dari Muzium Ketamadunan Anatolia.]]
Muzium Ketamadunan Anatolia di [[Ankara]], [[Turki]] kaya dengan koleksi artifak bangsa Hit dan Anatolia.
 
==Rujukan==