8TV: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nik Ahmad Ridhwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
ulasan
Baris 36:
8TV diketuai [[Ahmad Izham Omar]]. Pengarah Operasi Rangkaiannya pula ialah [[Paul Moss]], seorang eksekutif rakaman yang juga merupakan pengadil dalam ''[[Malaysian Idol]]'' dan ''[[One in a Million]]''.
 
8TV dipancarkan melalui [[Frekuensi ultra tinggi|UHF]]. Di Lembah Klang, saluran UHF ialah 27. Selain itu, 8TV juga didapati melalui saluran 708148 (sebelumnya di saluran 18 kemudian saluran 708) di Astro dan saluran 108 di TM HyppTV dan juga terdapat dalam siaran percubaan [[MYTV Broadcasting]] di saluran 108 dalam format SD (576i).
 
Mulai 1 April 2016, terdapat perubahan rancangan di 8TV di mana fokus rancangan Cina juga bertambah. 8TV menyiarkan hampir semua rancangan Cina sepanjang hari pada hari Sabtu hingga Selasa, manakala rancangan Inggeris masih disiarkan selama dua jam pada hari Rabu dan satu jam pada Khamis dan Jumaat. CJ Wow Shop yang disiarkan pada awal pagi selama tiga jam juga mula bersiaran pada hari yang sama, menggantikan segmen siaran serentak Hot FM AM Krew yang telah disiarkan selama hampir sedekad. Disebabkan oleh perubahan ini, rancangan The 8TV Quickie yang juga telah bersiaran selama lebih sedekad ditamatkan siarannya.