Perang Cimbri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
 
Baris 42:
 
[[Fail:Tiepolo_Vercellae.jpg|thumb|left|250px|''Pertempuran Vercellae'' oleh [[Giovanni Battista Tiepolo]].]]
Pada masa itu, Cimbri bersama sekutunya mengambil keputusan untuk bertumpu terhadap [[Itali]] pada tahun 102 SM manakala Marius telah bersiap sedia untuk menghalang mereka. Puak-puak itu telah dipecahkan kepada dua bahagian. Puak [[Teuton]] yang dipimpin oleh Raja [[Teutobod]] mara melalui kawasan persisiran [[Mediterranean]] dalam usaha untuk menyerang barat Itali manakala Cimbri pula mara dari Gallia hingga ke Noricum untuk pergi ke timur laut Itali. Pada musim panas 102 SM, Marius menunggu Teuton dari kem beliau yang telah dilengkapi kubu pertahanan berhampiran [[Rhône|Sungai Rhone]]. Kemudian, berlaku [[Pertempuran Aquae Sextiae|pertempuran]] di situ sebelum Rom meraih kemenangan hasil taktik peperangan Marius yang berjaya membuahkan hasil. Lebih daripada 50,000 puak Teuton telah terkorban manakala Rom pula menghadapi ribuan nyawa terbunuh. Rom meneruskan pembunuhan beramai-ramai di kem musuh apabila puluhan daripada ribuan telah terbunuh dan diperhambakan.
 
Akan tetapi, kedudukan Cimbri masih lagi kukuh dan konsul bersama Marius, [[Quintus Lutatius Catulus]] ditugaskan untuk mempertahankan laluan [[Alps]]. Dengan menerima tekanan hebat daripada Cimbri, beliau terpaksa meninggalkan [[Genting Brenner]]. Percubaan kedua yang dilakukan oleh beliau untuk mempertahankan [[Sungai Adige]] juga menemui kegagalan apabila Cimbri cuba mengepung kedudukannya dan memaksa beliau untuk berundur hingga ke [[Sungai Po]] yang lebih selamat dan kukuh. Hal ini membolehkan Cimbri dapat menjarah wilayah yang kaya yang terletak antara Alps dan Sungai Po. Pada masa itu, Cimbri sudah pun mengembara hampir setahun dari Sepanyol ke Itali dan keletihan. Jadi, mereka tidak terkejar-kejar untuk menyerang kedudukan Rom semasa musim sejuk melanda. Marius mengambil peluang ini untuk kembali semula ke Itali. Beliau telah dilantik menjadi konsul sekali lagi.