Empayar Uthmaniyah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aybeg (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 4759494 oleh 171.101.97.198 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Aybeg (bincang | sumb.)
Baris 240:
 
=== Pembubaran (1908-1922) ===
{{utama|Pembubaran TurkiEmpayar Uthmaniyyah}}
 
Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep [[raja berperlembagaan]] ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti [[Turki Muda|Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan]], lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
Baris 248:
 
Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah, [[Enver Pasha]] menyertai kuasa tengah dalam [[Perang Dunia Pertama]]. Semasa waktu ini, [[Landasan Kereta Api Baghdad]] yang dikuasai [[Jerman]] menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama. <ref>[[Morris Jastrow, Jr.|Jastrow]], ''Peperangan dan Landasan Kereta Api Baghdad'' (1917) ASIN: B0006D8OSQ </ref>Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, [[ANZAC]] dikalahkan di [[Gallipoli]], [[Iraq]] dan [[Balkan]], dan beberapa kawasan diperolehi. Di [[Caucasus]], tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.
[[Fail:Atatürk’ün Büyük Taarruz ve Başkomutanlık Meydan Muharebesi’nden sonra Ankara’da karşılanışı, Ankara, 2 Ekim 1922.png|250px|right|thumb|Mustafa Kemal Paşa dialu-alukan di Ankara selepas Serangan Besar.]]
[[Fail:Ankara-war1 s.jpg|250px|right|thumb|Ulang tahun ke-1 penubuhan Perhimpunan Agong Kebangsaan Turki]]
 
[[Mustafa Kemal Atatürk|Mustafa Kemal Pasha]], kemudian dikenali sebagai Kemal Atatürk, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di [[Gallipoli]] dan [[Palestin]], dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyah di Kaukasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan [[Turki]] ([[1918]]-[[1923]]) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan [[Mehmed VI]] oleh Perhimpunan Baru [[Turki]]. [[Republik Turki]] kemudian diasaskan pada [[29 Oktober]] [[1923]].
 
=== Sejarah kebangsaan ===