Pembubaran Empayar Uthmaniyyah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aybeg (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Aybeg (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk [[Montenegro]] mencari kawasan tambahan di dalam wilayah [[Albania]], [[Macedonia]], dan [[Thrace]] yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari [[Russia]], beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara [[Serbia]] dan [[Bulgaria]] (Mac 1912) dan antara [[Greece]] dan [[Bulgaria]] (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan [[Perang Balkan I]]. Selepas itu terjadi pula [[Perang Balkan Kedua]].
 
Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah, [[Enver Pasha]] menyertai kuasa tengah dalam [[Perang Dunia Pertama]]. Semasa waktu ini, [[Landasan Kereta Api Baghdad]] yang dikuasai [[Jerman]] menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama. <ref>[[Morris Jastrow, Jr.|Jastrow]], ''Peperangan dan Landasan Kereta Api Baghdad'' (1917) ASIN: B0006D8OSQ </ref> Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, [[ANZAC]] dikalahkan di [[Gallipoli]], [[Iraq]] dan [[Balkan]], dan beberapa kawasan diperolehi. Di [[Caucasus]], tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Russia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.
[[Fail:Atatürk’ün Büyük Taarruz ve Başkomutanlık Meydan Muharebesi’nden sonra Ankara’da karşılanışı, Ankara, 2 Ekim 1922.png|250px|right|thumb|Mustafa Kemal Paşa dialu-alukan di Ankara selepas Serangan Besar.]]